Auji tersengih sambil memandang wajah Mike yang mencuka masam. Tak sangka yang Mike akan termakan dengan helahnya. Cadangan untuk jungle trekking bersama dengan Iman dan Jeep sengaja diberitahu kepada Mike. Kata hanya cuma mahu meluangkan masa bersama dengan sahabat baiknya.
"Kau kata kita je?" Mike menderum ganas. Keningnya bersatu.
Auji engih. "Aku tak pernah cakap. Aku ajak je."
"Jii..." pandangan Mike redup. "Nasib baik kawan. Kalau tak, memang kepala kau aku hampuk."
"Done?" Iman menyampuk. Backpack terakhir milik Auji disusun kemas ke dalam but kereta.
"Done. Abang Jeep naik dengan kita ke macam mana?" Pintu penumpang hadapan dibuka. Punggung dihenyakkan ke tempat duduk.
"Jeep jumpa dekat sana. Dia gerak dari kampung dia." But kereta ditutup. Mata beralih pula pada Mike. "Kau?"
"Aku?"
"Join?" Kening Iman terangkat tinggi.
"Dah aku ada sini. Memang aku ikutlah." Mike mencebir. Tak sangka suami Auji bukanlah seperti yang disangkakan. Garang, alfa dan kuat. Rupanya, dia lebih kepada sempoi dan selamba. "Atau aku tak boleh ikut? Aku ingat Jii ada cakap yang aku join?"
"Ada. Up to you nak tumpang ke tak nak. Sebab balik nanti, aku dengan Auji balik kampung. Kau boleh tumpang kawan aku nanti." Tempat duduk pemandu diduduki. Enjin kereta dihidupkan.
Mike angkat bahu sambil menjuih. Apa-apa jelah. Dah sampai sini pun. Kereta dimasuki. Perjalanan diteruskan.
Sepanjang perjalanan, yang bermain di corong radio cuma lagu yang dipasang dari telefon pintar Iman. Auji pula hanya leka menghayati semua lagi pilihan Iman. Manakala Mike pula lebih selesa bersendirian dengan memakai earphone dan mendengar lagunya sendiri.
"Is it just me or do we have similar music tastes?" Auji soal spontan. Lagu My All oleh Mariah Carey yang berkumandang membuatkan tubuhnya menghayun ke kiri kanan dengan perlahan, mengiukut rentak lagu itu. "Saya pun ada lagu ni dalam phone saya."
"Entah. Kebanyakan lagu ni aku dapat dari along." Tutur Iman perlahan. Bibirnya bersenandung kecil. Kalau hanya dia dan Auji sahaja tanpa penumpang lain dalam kereta, sudah pasti kereta menjadi bilik karaoke bergerak.
Mike yang terdengar perbualan suami isteri di tempat duduk hadapan terus mematikan bunyi dari telefonnya. Senyuman mikro terukir. Mahu mendengar sendiri perbualan antara suami isteri itu.
"Abang Iman dengar EDM?"
Angguk. "Aerochord."
"Uuuu..." Auji panjang muncung. "Inova best juga. Dengarlah. Lagu dia macam lagu disko."
"Nanti aku dengar." Nama artis yang disebutkan Auji disemat dalam hati. Jujur, kalau bab-bab dengar cadangan lagu orang lain, susah untuk dia turutkan. Orang boleh kata dia seorang yang ego tinggi kerana tidak mahu dengar cadangan orang lain dan rasakan citarasanya sahaja yang bagus, tapi kalau Auji... dia bagi pengecualian. Mungkin kerana kenyataan Auji tentang citarasa muzik mereka sama adalah benar.
Senyuman Mike makin melebar. Jii, cuba lagi. Seronok pula aku dengar laki bini ni berbual. Dahlah third wheeling dalam kereta ni.
Keadaan sunyi semula sehinggalah lagu kegemaran Iman bermain di corong pembesar suara.
"Yes..." jari menekan punat tambah di stereng kereta. "This is my jam."
"Maroon 5?"
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Romance"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...