6

428 20 9
                                    

Tiga bulan berlalu tanpa sedar. Iman dan Auji semakin selesa dengan kehidupan yang mereka jalani. Iman dengan hal sendiri. Auji dengan hidupnya. Bagaikan sudah faham dengan cara keuhidupan mereka, masing-masing tidak menyentuh atau buka cerita tentang perkara yang dianggap sensitif. Macam Iman, perkara sensitif baginya adalah semua yang berkaitan dengan Moon. Bagi Auji pula, hal tentang hubungannya dengan Moon dan hal keluarga. Selain menganggap hubungan mereka sebagai suami isteri, Iman dan Auji lebih selesa dengan hubungan 'housemate'. Bila dah anggap pasangan mereka adalah 'housemate', secara tak langsung satu garisan yang membahagikan antara hal kau, hal kau, hal, hal aku terlukis. Dan masing-masing hormat dengan perkara itu.

Seminggu selepas bernikah, Auji berjaya mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat kontraktor. Manakala Iman pula, masih menunggu tempat untuk meneruskan 'housemanship'nya di hospital kerajaan. Nak tak nak, terpaksalah Iman meneruskan kerja freelance sebagai 'medical illustrator' dengan menggunakan platform online. Alhamdulillah, kerja itu berjaya mendatangkan hasil yang lumayan memandangkan rata-rata kliennya datang dari seluruh pelusuk dunia. Harga untuk satu ilustrasi yang dihasilkannya bukanlah murah kerana semuanya dihasilkan dengan teliti. Bukan setakat itu, ia juga bergantung pada memorinya ketika dia menuntun di universiti sebagai pelajar perubatan.

Berbekalkan bakat dalam melukis dan mencatan, akhirnya kerja sebagai pelukis ilustrasi perubatan yang dilakukan sejak dia menuntut di univerisiti membuahkan hasil yang sangat lumayan. Duduk rumah, goyang kaki sambil berteleku depan meja melukis sahaja boleh jana pendapatan. Sumber pendapatan daripada komisen itulah akhirnya Wacom Cintiq pujaan hati menjadi miliknya. Dan tiada sesiapa pun dibenarkan menyentuh kesayangannya tanpa kebenaran. Termasuk penghuni bilik sebelah.

"Abang Iman." Pintu bilik Iman diketuk perlahan.

Iman yang leka melukis di bilik bergegas ke pintu. Pintu dikuak kecil, menampakkan matanya sahaja di celahan pintu. "Apa?"

"Saya nak keluar beli makanan. Abang Iman nak pesan tak?"

Pintu dikuak luas. Wajahnya cemberut. Hari-hari beli luar. Tak muak ke? "Kenapa tak masak? Makanan banyak dekat dapur tu."

Auji tersengih. "Saya tak pandai masak. Telur goreng, mac and cheese, pasta, maggi dengan air je saya pandai."

Keluhan terhela. Tangan menggaru kepala sehingga rambutnya serabai. "Tak apa. Aku masak nanti. Tak payah beli makanan luar. Tak sihat."

"Abang Iman tahu masak?" Mata Auji membeliak. Wajah penghuni bilik utama ditatap dengan riak terkejut.

"Habis tu makanan yang ada dekat atas meja tiap hari tu apa?" Pintu bilik ditutup dan terus berjalan melepasi Auji ke dapur.

"Saya ingat Abang Iman tapau je." Belakang Iman diekori sehingga ke dapur. Mana taknya, setiap kali dia balik dari kerja, makan malam mesti sudah terhidang. Lauknya pun bukan lauk yang ringkas. Bukannya telur goreng dengan kicap manis. Kadang-kadang, mi kari. Kadang-kadang, masak lemak cili api daging salai. Mana Iman dapat daging salai tu pun dia tak tahu.

"I don't like eating outside. You never know what they put inside your food." Peti ais dibuka. Bahan-bahan untuk memasak dikeluarkan.

Ugh, Abang Iman macam mak-mak. Mesti cara dia pegang pisau pun macam mak-mak kan?

Pisau kecil diambil keluar dari laci. Beberapa ulas bawang putih untuk dimasukkan ke dalam pengisar dibawa ke meja untuk dikupas kulitnya. Pisau itu dipegang dengan telunjuk direhatkan di belakang pisau.

Kan aku cakap? Sejibik mak-mak.

"Apa pandang-pandang?" Kepala diangkat sedikit, menyoal Auji yang sedang melopong termenung ke arahnya tanpa berkelip.

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now