53

347 30 12
                                    

Auji tersengih. Iman menyeringai. Masing-masing menahan diri dari ketawa kuat apabila melihat cubaan Aya untuk bertatih gagal. Lagi teruk, bila Aya yang jatuh ke lantai mula menahan diri dengan tangan sehinggakan tubuhnya ternaik ke atas.

"Tengok, kecik-kecik dah pandai buat hand stand," gurau Iman dengan suara bergetar. Geli hati sungguh melihat gelagat anak daranya. "Aya boleh jadi pengganti ayah!"

"Ahahaha!" Auji ketawa galak. Gagal menahan diri dari tahan ketawa apabila mendengar kenyataan suaminya. "Lepas ni dia buat air flare pula. Tak pun backflip terus."

Iman akhirnya mengekek tanpa bunyi. Senak perut melihat anaknya masih ralit mencuba bertatih di atas tikar getah berspan itu.

"Masaklah, Aya... asyik kena ketawa dengan kita je."

"Tak apa. At least dia immune bila dengar orang ketawakan dia," balas Iman dengan tawa yang masih bersisa. "What kind of parent are we?"

Tawa Auji yang baru hendak surut kembali kuat. Selamba bahu suaminya dipukul. "Itulah tu, tak habis-habis gelakkan anak."

Ruang tamu kecil itu hanya dicemari gelak tawa tanpa bunyi dari ibu bapa baru itu. Anak mereka terus dilupakan buat seketika. Terlalu ralit dengan lawak kosong mereka.

"Aduh..." tangan mencekak pinggang. Belakang disandarkan ke penyandar sofa dengan mengalah. Dah lama rasanya tak ketawa sampai macam ni. "Abang dah lama tak ketawa macam ni."

"Iye ke lama? Saya rasa baru hari tu abang ketawa sakan gelakkan Abang Jeep masa dia jatuh tangga hari tu." Auji mengerling Iman dari ekor mata dengan ekor bibir tertarik panjang ke telinga.

"Ahahahaha!" Tawa Iman sekali lagi bergaung dalam rumah. Air mata mula terhasil. "Abang tak bolehlah! Ahahaha! Masa tu abang nampak kaki dia berlipat ke tepi. Dah macam jeli badan dia jatuh masa tu. Sumpah lawak!"

"Abang jahat! Ketawakan bestfriend sendiri!" Auji turut berdekah. Ada ke patut gelakkan kawan sendiri jatuh? Tapi rasanya kalau Mike jatuh pun dia akan gelak dulu baru tolong.

"Nasib baik tak ada orang masa tu. Abang dengan dia je dekat tangga tu. Berdekah abang dengan dia kat situ sampai tak cukup nafas. Last, last, abang kena gendong dia ke bilik rehat. Kaki dia terseliuh teruk. Terus MC." Iman sambung cerita apabila tawanya semakin surut. Telunjuk menyeka air mata yang mengalir.

"Yayah!"

"Iye, sayang anak ayah?" Aya yang sedang merangkak ke arahnya diangkat dan dijulang. "Anak dara ayah dah lapar ke? Nak mamam?"

"Nak!" sahut Aya dengan teruja.

"Jom, makan." Aya dibawa seperti guni. Kaki terus menuju ke dapur. Kerusi tinggi bayi ditarik keluar dari bawah meja. Aya terus diletakkan ke dalam kerusi. "Mama, makan!"

"Coming!"

Makan malam dijamah dengan tenang hati. Kadang-kadang terdengar gelak riang daripada kanak-kanak 11 bulan itu. Walaupun masih kecil, namun dia begitu cekap makan menggunakan kutleri. Puncanya daripada mama yang telah melatihnya sebaik sahaja Aya telah pandai memegang barang.

"Lagi dua minggu birthday Aya. Kita nak sambut mana?"

"Anywhere you want to. Abang tak kisah. Naura plan lah. Abang keluar duit." Sup ayam dihirup.

"Kalau kita overnight dekat Port Dickson nak? Lepas tu, saya ingat nak ajak mama sekali. Boleh?" Auji tayang gigi. Rasa bersalah pula bila mahu menyatakan hasrat untuk membawa mama menyambut hari lahir Aya kepada suaminya. Takut Iman akan berasa tidak selesa.

"Sure, why not? Kita boleh bonding dengan mama."

"Kita?" Auji senget kepala. "Saya expect abang akan cakap Naura."

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now