29

557 35 29
                                    

Hol'Up!

Sebelum awak semua baca, saya nak jemput awak semua baca karya saya yang lain. Hehe.

1. Melodi - dah lengkap. Cuma saya post sikit-sikit. Kalau awak suka drama, cerita ni untuk awak. ML dia red flag. hahaahah. kawan Umairah dan Hurra.

2. Alegro - saya guna balik watak Arid dan Hurra. Plot: Arid upah Hurra untuk mengandungkan anak dia. Masih on-going.

3. Gerhana Bunga Telang - watak Gerhana (the greenest green flag yang saya pernah reka). Pasal Gerhana (bodyguard) dan Bunga Telang (his boss).

Ok dah itu je.

By the way, ini lagu yg ada kena mengena dengan chapter ni.

without further ado,

ENJOY!

______________________________________________________

Semenjak insiden itu berlaku, Joji tidak lagi menunjukkan wajahnya. Joji hilang tanpa kesan. Namun begitu, itu bukanlah sebab untuk Iman dan Auji tidak membuat laporan polis. Semua yang pernah dilakukan Joji terhadap Auji dilaporkan.

Temberang Joji dipecah habis-habisan. Berita tentang Joji mengumpul dan mengedarkan pornografi kanak-kanak juga telah dilaporkan. Perkara ini benar-benar membuatkan keluarga dan saudara-mara belah Auji riuh dan kecoh.

Kata pegawai bertugas, tindakan susulan akan dilakukan secepat mungkin. Kini, tugasan utama yang perlu dilakukan adalah untuk mencari kemana hilangnya Joji.

Walaupun perkara ini mengambil banyak masa dan prosedur, namun, atas sokongan Iman dan ipar duainya, Auji mengharungi semua cabaran itu dengan mudah.

Cadangan Iman untuk berjumpa dengan psikiatri turut diturut dengan hati terbuka. Dia tahu, apa yang Iman lakukan, semua untuk kebaikan dirinya. Dan atas sebab itu, perasaan sayangnya terhadap Iman bukan lagi perasaan main-main. Perasaan suka mula berputik kepada perasaan sayang.

"Abang..."

"Hmm?" Iman angkat muka dari catan airnya.

"Erm... abang busy tak esok?"

"Tak. Kenapa?" Berus dicelup ke dalam balang kaca. "Ada nak pergi mana-mana ke?"

"Nak ajak tengok wayang." Auji tayang gigi.

"Cerita apa?"

"Avengers."

"Oh, nice. Boleh juga." Iman tarik senyum kecil. Auji yang sedang leka menonton Totoro di skrin TV ditatap lama. Allah sahaja yang tahu betapa lega hatinya apabila melihat senyuman kembali terukir di wajah Auji. Walaupun senyuman itu masih tidak kesampaian dan kosong, namun, bagi Iman itu sudah mencukupi. Time will heal it. Aku yakin. "Jii..."

"Hmm?" Auji paling menghadap Iman.

"How do you feel right now?" Berus bersaiz 12 diletakkan ke dalam balang air keruh dengan kasar. Tubuh terus diangkat dan bergerak ke sebelah Auji.

"Fine." Auji kuntum senyum kecil.

"Jawab jujur. Aku nak tahu."

"Better than before."

"How so?"

"Hmm..." Senyuman Auji sedikit luntur. "Tak tahu nak cakap macam mana, tapi lebih kepada lega."

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now