5

438 26 2
                                    

Angin malam yang menghembus lembut di wajah dihayati. Dia yang sedang duduk menjulur di atas pengadang batu di anjung rumah menggoyang-goyang kaki. Lama tak lepak macam ni... sorang-sorang... layan diri...

"Oi, menung apa tu?"

Suara alang mematikan lamunannya tadi. Iman tersenyum kecil. "Termenung nasib."

"Nasib apa? Baru sehari kahwin dah termenung nasib? Teruk betul." Alang mengambil tempat bertentangan dengannya. Belakang disandarkan ke tiang konkrit empat segi.

"Taklah... aku menung kosong je. Lepas ni tak rasa dah udara kampung. Hutan konkrit je yang aku tengok tiap hari." Riuh rendah dalam rumah tidak diendahkan. "Lama tak lepak dengan kau, lang."

"Rindu aku ler tu~" alang jengket kening berkali-kali. "Takpe. Aku faham. Aku abang favourite kau kan?"

"Angkat bakul sendiri ke?" kening kanan Iman terangkat tinggi. "Ah, aku lupa. Kalau tak angkat bakul sendiri, bukan Rifqi namanya tu."

Tawa kuat terburai spontan. Satu perkara yang langsung tak akan berubah bila berbual dengan adik-beradik. Perli-memerli adalah satu kemestian. Tawanya makin surut. Anaknya yang baru masuk setahun dan bertatih ke arah diangkat dan didudukan ke ribanya. "Kau...rasa betul ke apa yang kau buat ni?"

Iman bungkam.

"Kau tahukan kahwin ni bukan mainan?"

"Tahu."

"Habis tu? Sampai bila kau nak teruskan main-main?"

"Aku tak pernah pasang niat kahwin untuk main-main. Bagi aku, perkahwinan tu satu benda suci. Tak boleh dibuat main...tapi..."

"Ironi kan?" mata memandang tetap pada achik yang sedang termenung sayu. "Kau cakap perkahwinan tu suci, tapi kau sendiri yang buat main."

"Aku tak main-main," balas Iman datar. "Aku anggap benda ni semua serius. Kiranya benda ni, ada kebaikan untuk aku, ada kebaikan untuk dia."

"Kebaikan untuk kau? Apa dia? Setakat nak sakitkan hati ex kau? Apa yang kau dapat?" Dagu mengurut kepala anaknya yang masih nipis dengan rambut.

"Kepuasan."

"Haih..." alang mengeluh kuat. "Aku tak fahamlah dengan kau ni chik. Dah lepas tu, biar jelah. Kenapa kau marah sangat dekat dia sampai nak balas dendam bagai?"

"Aku marah sebab dia dah bazirkan masa aku. Kenapa tak bagitahu terus dekat aku yang dia tak boleh teruskan? Kau tahukan aku memang pantang dengan orang yang suka bazir masa aku. Aku dah buat plan punya baik. Dia pula yang pergi hancurkan. Itu satu. Yang kedua," dua jari diangkat tinggi.

"Dia dengan keluarga dia dah setuju dengan tarikh nikah yang aku dengan dia tetapkan. Family dia datang jumpa family kita, kau ingatkan? Semua ada. Even angah yang jarang balik pun ada. Last, last tengok apa jadi? Dia dengan family dia semua mungkir janji. Yang ketiga, paling aku hangin. Duit yang dia pinjam dari aku kononnya untuk book venue kahwin dia guna untuk majlis kahwin dia. Apa cer?" dada Iman berombak. Panas hati bila fikirkan tentang perkara lepas.

Alang tidak bersuara. Amarah Iman dapat dirasainya. Dia mati kata. Tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk menenangkan Iman yang sedang marak. Baik aku diam. Nanti tak pasal-pasal kena tibai dengan budak ni.

Buat seketika suasana lengang. Bunyi katak menguak dan cengkerik sahaja kedengaran.

"Alang. Abang Iman." Kepala Auji terjojol dari pintu rumah. "Along panggil masuk. Tidur. Dah pukul 12."

"Okay. Thanks, Jii." Alang menguntum senyum pada adik iparnya. Anaknya dikendong masuk ke dalam rumah. "Jom tidur. Anak abah dah terkebil-kebil mata tu. Aku tidur dulu, chik. Jangan duduk lama-lama dekat luar. Aku nampak polong tadi."

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now