"Man, kau ada sinikan?"
"Dah aku guna nombor sini, memang aku dah baliklah. Apasal?" Kening Iman terangkat tinggi. Apa mimpi Jeep telefon dia tengah hari buta pun dia tak tahu. Biskut mayat diambil beberapa keping dan disuap ke dalam mulut.
"Ah... ni aku dapat jemputan kenduri kahwin." Suara Jeep bergetar. Cuak untuk memberitahu berita ini kepada sahabat baiknya. "Before that, kau dengan Moon still together, kan?"
"Yup. Asal?"
"Aku dah agak."
"Apa yang kau dah agak?"
"Apa yang aku nak cakap ni, kau jangan marah tau," nafas ditarik dalam. Bibit yang baru hendak bercakap dicantas laju oleh Iman.
"Kau dapat kad jemputan kahwin dari Moon ke?" Iman ketawa. Sengaja mahu mencelah kata-kata Jeep dengan niat mahu bergurau.
"Kau dah tahu? Kau dapat ke kad jemputan kahwin dia?"
"Ha?" Tawa Iman mati. "Maksud? Aku dengan dia baru bincang pasal kad kahwin. Tak tahulah kalau dia dah siapkan awal-awal."
Aku dah agak. Man tak tahu. Keluhan kecil terhela. "Bukan... Kad jemputan kahwin tu memang aku dapat daripada Moon. Tapi nama yang tertulis bukan nama kau. Nama orang lain."
.
.
.
"Man?"
.
.
.
"Serius?"
Jeep angguk walaupun Iman tiada bersamanya. "Serius. Nanti aku snap gambar." Aku harap kau dalam keadaan okey jelah, Man. Aku pun tak sangka Moon buat macam ni dekat kau.
"Thanks."
"No prob... Man?"
"Hm?"
"Aku harap kau okey."
"Sekarang tak. Lambat laun aku okey." Balas Iman datar. Langsung tiada perasaan. "Thanks for telling me. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Butang tamat ditekan sebaik sahaja Jeep menjawab salamnya. Gambar kad perkahwinan yang dihantar oleh Jeep ditatap kosong sebelum menutup semula Samsungnya dan mencampakkan ke atas meja. Kepalanya tersandar lemah ke dinding dapur, dengan kepala menengadah ke siling dapur. Badannya terasa lesu tidak bermaya. Jantungnya yang tadi mengepam darah laju ke seluruh tubuh mula perlahan rentaknya menjadi stabil. Perkara yang diberitahu Jeep tadi betul-betul sesuatu yang tidak disangka. Gadis yang menjadi penghuni jantung hati dari tingkatan tiga akhirnya berpaling tadah.
Tidak pernah sekali pun terlintas dalam fikirannya bahawa Moon akan mengecewakannya. Tidak sekali pun. Pertunangan dijalinkan semenjak tamat persekolahan. Kedua-dua belah pihak sudah pun bersetuju dengan syarat yang ditetapkan. Iaitu, perkahwinan akan terus dilangsungkan sebaik sahaja mereka menamatkan perjanjian. Dan kalau ikut waktu sekarang, dua tahun masih berbaki sebelum mereka selesai pengajian mereka di luar negara.
Kenapa? Aku tak faham? Kau boleh je telefon aku, bincang kata yang kau nak awalkan tarikh pernikahan. Kenapa kau kena betray aku Moon? Aku buat salah apa?
"Kau dah kenapa? Macam kena tinggal bini." Daniel perli sinis. Terhibur dengan gelagat achik yang lesu semacam macam baru lepas mati bini.
Jawapan Daniel dibalas dengan keluhan berat. Tin biskut tadi ditutup. Telefon diambil dan diseluk ke dalam kocek seluar. "Kata dekat along, aku keluar kejap."
"Kau nak pergi mana?"
"Somewhere far away."
"Contoh?"
"Sungai."
"Bawa anak-anak along. Aku ada homework nak buat." Air kosong diteguk sehingga habis. Mata tertancap pada belakang achik yang berjalan malas menuju ke ruang tamu. Kedengaran achik memanggil anak-anak buahnya untuk keluar sekali bersamanya.
Deburan air sungai yang memercik ke wajah langsung tidak dapat melegakan hatinya yang berkecamuk. Anak-anak along yang sedang bermandi-manda ditatap kosong. Sekali-sekala nafas terhela kuat. Dia masih cuba untuk meredakan kekesalan di hati.
"Panchik?"
"Hm?" Anak sulung along atau selalu dipanggil abang ditenung.
"Kenapa panchik nampak sedih?"
"Sedih ke? Mana ada panchik sedih. Muka panchik memang macam ni." Iman cuba menarik senyum. Obvious sangat ke muka sedih aku ni?
Panggilan panchik sudah sebati dengan dirinya apabila alang dan Daniel sendiri yang mereka nama panggilan itu. Kata mereka, panggilan itu lebih sesuai dengan mukanya dari panggilan pak chik. Gabungan daripada namanya, panggilannya dan perkataan pak untuk bapa. Pak + Iman + achik = Panchik. Kreatif betul adik-beradik aku.
"Taklah. Panchik nampak sedih." Kakak, iaitu anak kedua along mencelah. "Panchik nampak macam zombi."
"Mana ada," tangan cuba menarik hidung kakak. "Zombi pucat. Panchik tak pucat."
"Sakitlah, panchik!" kakak menepis tangan panchik dengan kuat. "Panchik, nak lompat dari bahu."
"Haih, korang ni... suka buli panchik." Baju kemeja T ditanggalkan. Sungai dimasuki. Air sejuk sungai mula menusuk tubuh tak berbaju. "Jom. Lepas panchik campak korang, korang pula kena campak panchik."
"Mana boleh! Panchik berat." Abang teriak teruja.
"Mana ada berat. Berat panchik baru 80,000 gram. Ringan apa." Iman menahan senyum lebar. Sengaja mahu mengenakan anak-anak buahnya. Tubuh mencangkung ke dalam sungai sehingga dagu mencecah permukaan air. "Siapa dulu?"
"Adik!" Anak ketiga along mula berteriak. Adik mula memanjat ke bahu panchik dengan bantuan abang dan kakak.
Sambil membantu adiknya berdiri ke bahu panchik, abang mencebik.
"Apa cebik-cebik?" Iman terkekek apabila melihatkan riak abang.
"80 ribu gram mana ada ringan. 80 ribu gram tu 80 kg. Beratlah tu. Abang tahu, panchik nak kenakan kita orang je kan?"
Tawa Iman terburai. Gurauannya dapat dibidas abang dengan mudah sekali. Seperti yang disangkakan! Anak-anak along memang pandai. Tangannya diangkat, memegang tangan kecil adik sambil berdekam. "Korang jangan bagitahu ibu panchik buat macam ni. Kalau ibu tahu, mati panchik kena."
"Tak apa. Paksu pun selalu buat kita orang macam ni." Abang tersengih. "Kita orang tak bagitahu ibu pun. Abah je yang tahu."
"Okey. Ready adik!"
"Ready!"
"Satu, dua," Iman berdekam. "Tiga!" Kaki melonjak tinggi sambil tangan adik dilepaskan dari genggamannya. Adik yang sedang melayang tinggi diudara sebelum jatuh ke dalam sungai ditatap dengan gembira. Ha! Tiada apa yang dapat menggembirakan hatinya selain daripada bergurau senda dengan anak buah kesayangan!
_____________________________________________________________
biskut mayat atau biskut tawar atau biskut kubur. ada banyak nama. hahahaha. Nenek saya panggil biskut ni biskut mayat. takpun biskut kubur sbb biskut yang selalunya org hidang bila ada orang meninggal. lain pulak, biskut ni dipanggil biskut kubur sbb penggali kubur suka makan sambil buat kerja. katanyalah...
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Romance"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...