Jeritan Attack Titan yang bergaung dalam rumah kedengaran. Walaupun aksi dalam televisyen itu sungguh mengasyikkan untuk ditonton, namun bukan bagi Auji. Mata termenung kosong dengan fikirannya merewang entah ke mana. Cerita Jeep tentang Iman mengukuhkan lagi kebarangkalian tentang penerimaan Iman terhadap Moon.
Kelmarin, ketika dia mahu mengambil Iman pulang dari hospital, sekali lagi dia melihat Iman dan Moon berbual di lobi. Tempat sama di mana dia melihat Iman, bak kata Jeep, mentertawakan Moon. Namun, baginya, dari gaya dan cara Iman berbual dengan Moon, ia lebih kepada gaya teman tapi mesra. Wayang itu ditonton dengan hati yang cemburu. Tetapi disimpan rapi di dalam hati, tidak mahu menunjukkan bahawa dia terseksa dengan perkara yang berlaku di depan mata.
Butang negatif pada alat kawalan jauh ditekan, memperlahankan suara TV yang kedengaran begitu kuat di telinga. Kepala menengadah menghadap siling. Semakin bosan dengan hidupnya yang seperti tiada arah tujuan.
Semenjak insiden di Perak tempoh hari, atas nashat daripada Iman, dia berhenti kerja. Kata Iman, dia perlu tempoh untuk merehatkan emosi dan fizikal sewaktu dia tidak bekerja. Sehinggalah emosi dan fizikalnya kembali stabil, barulah dia diizinkan untuk bekerja semula.
Tanpa sedar, kaki menuju ke bilik tidur dan terus mengambil tempat di meja belajar. Komputer riba dibuka. Tiba masanya untuk dia mencampak, menghantar, memberi resumenya kepada syarikat-syarikat kontraktor dan konsultan. Baginya, dengan kerja sahaja cara untuk dia menghalang diri dari berfikir lebih tentang permasalahan hubungannya dengan Iman.
"Assalamualaikum." Suara serak basah Iman menerjah gegendang telinga Auji.
Kenapalah dia kena cakap dengan aku sekarang? "Waalaikumussalam." Kepala menoleh ke muka pintu. Wajah dimaniskan. "Bila abang balik?"
Jam tangan dilihat. "20 saat lepas. Buat apa tu?" Iman melangkah masuk ke bilik kecil isterinya. Punggung dilabuhkan ke atas katil. Mata mencuri lihat paparan di skrin komputer riba 16 inci itu. "Cari kerja?"
"A'ah." Tumpuan diberikan semula kepada kerjanya. "Abang dah makan?"
"Dah. Dekat kafe."
Dengan siapa? "Makan apa?"
"Bihun sup."
Aku nak tahu dengan siapa. "Kenyang ke makan bihun sup je?"
"Kenyang." Butang kemeja dibuka satu persatu. Sambil berbual, sambil menanggalkan pakaian. Sudah lama rasanya tidak berbual dengan gadis itu. "Kebelakangan ni nampak monyok. Kenapa?"
Seboleh-bolehnya nak elak dari guna awak saya dengan aku. Kelakarlah Abang Iman ni. "Penat."
"Penat? Do you want me to bring you to sleep?"
Auji geleng. Tak pun, dia speaking. Kenapa? Janggal sangat ke nak guna awak saya dengan aku? Dengan Kak Moon je ke dia boleh berawak saya? "Tak apa. Saya boleh tidurkan diri sendiri."
"Merajuk ke?" duga Iman. Wajah isterinya ditenung lama.
"Tak." Auji jawab sepatah.
"Moon kirim salam." Iman cuba ubah topik apabila riak Auji masih seperti tadi. Bungkam dan kosong.
Hati berdecit apabila mendengar nama Moon keluar dari mulut Iman. "Waalaikumussalam. Kak Moon sihat?"
"Sihat... kut. Dia kata dia call... tapi tak dapat. You block her number again?"
Pergh, bukan setakat tak nak guna awak saya. Panggil nama aku pun dia tak mahu. Abang Iman... I thought you love me. "A'ah. Dah tak ada sebab dia nak telefon saya."
"She wanna see you. She tried to reach you but failed. I think you should unblock her."
"Abang Iman..." wajah suaminya direnung dari hujung mata.
"Yes?"
"Nothing."
"What is it, Naura?" suara Iman lembut. Risau dengan perubahan perangai Auji. "You know you can tell me everything kan?"
"Saya nak minta izin Abang Iman untuk kerja balik."
"You have my permission. And what with Abang Iman?" kemeja ditanggalkan. Yang tersangkut di tubuh cuma singlet hitam dan slacknya.
"Saja." Aujii tayang gigi. "Dah lah. Saya nak buat kerja. Baik abang pergi mandi. Nanti banyak kuman bilik ni. Dah lah dia baru balik dari hospital." Rungut Auji, cuba menghalau Iman dari biliknya. Kalau boleh, dia mahu mengelakkan diri dari berdua-duaan dengan suaminya. Takut nanti, tersangkut pula perasaannya pada Iman.
"Naura." Nama Auji dipanggil dari muka pintu sebelum dia beredar ke biliknya.
"Hm?"
"Sleep with me tonight."
Hngh~! Tak nak! "Okey. Nanti abang tidur dulu. Saya nak buat kerja sikit."
~x~
Wajah suaminya yang sedang lena ditenung sayu dalam gelap malam. Samar-samar cahaya bulan dari luar tingkap memperlihatkan wajah kacak suaminya dengan lebih jelas dan terang. Spontan telunjuk mengelus muka suaminya. Dari dahi yang luas, bergerak ke keningnya yang sedikit tebal dan turun ke bibir. Lembutnya bibir dia. Setiap anggota tubuh suaminya dikomen dalam hati setiap kali hujung jarinya menyentuh kulit sawo matang Iman. Kemudian, perlahan jari bergerak ke rahang kukuh suaminya sebelum melekapkan tapak tangan kecilnya pada pipi Iman. Muka dia besar. Hahahaha. Ke tangan aku yang kecik sangat?
"Abang Iman..."
"Hm?"
Hik! Dia bangun ke?! Tangan ditarik laju dari pipi suaminya. Mata dipejam laju, cuba berlakon tidur. Bukan dia tidur ke tadi?!
"Tidur dah, Naura?"
Auji kemam mulut ketat. Mata pejam rapat. Tubuh pula kaku dalam posisi sama seperti tadi, langsung tidak menggerakkan tubuh walau seinci.
"Mengigau sampai main usik-usik muka ye?" Iman senyum senget. Walaupun dalam gelap malam, bertambah dengan rabun, wajah mulus Auji masih dapat dilihat jelas. Jelas yang dia sedang berlakon tidur. Badan dirapatkan ke tubuh Auji. Seringai tertarik panjang. Giliran aku pula main usik-usik.
Telunjuk mula mengelus pipi gebu Auji dengan lembut dan perlahan sebelum bergerak ke cuping telinga. Cuping telinga Auji digentel-gentel dengan telunjuk dan ibu jari sebelum telunjuk mula membuat garisan dari belakang telinga bergerak turun ke leher dan jatuh ke selangka. Telunjuk mengetuk perlahan tulang selangka Auji beberapa kali. "I could kiss you here, Naura."
"Jangan!"
Gotcha! Tawa Iman terburai kuat. Senang sangat nak kenakan dia. "Bukan tidur ke tadi?"
"Siapa boleh tidur kalau ada orang main sentuh-sentuh?" Auji panjang muncung. Tubuh membahang akibat usikan suaminya.
"Tahu pun." tawa Iman masih bersisa. "Dah. Tidur. Good night. Assalamualaikum."
Salam Iman dijawab bawah nafas. Mukanya masih terasa panas. Dia memang suka cari pasal. Hmph! Menyampah~! Mata ditutup semula.
"Naura..."
"Apa?"
"Can I have a good night kiss?"
"No."
"Hm?" kening Iman terangkat sebelah. "Okay, sex then."
"Iman!"
__________________________
Iman being cheesy is my fav. geheheheehhe
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Romance"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...