"Abang..."
"Hm."
Auji dongak, memandang wajah suaminya yang matanya sudah pun terlelap. "Abang dah tidur?"
"Baru nak masuk mimpi. Kenapa?" soal Iman dengan mata masih terkatup rapat.
"Saya nak bercerita ni. Abang nak dengar tak?"
"Go ahead. Mata abang tertutup, tapi telinga abang masih boleh mendengar," tutur Iman perlahan. Nampak sangat yang dia benar-benar sedang mengantuk sekarang.
"Hmm." Auji memandang siling semula. Kedua-dua belah tangan berada di atas perut. Semakin ralit memikirkan apa yang mahu diceritakan kepada Iman. Kepala sengaja digerak-gerakkan, mencari posisi sedap untuk dia meneruskan ceritanya. Sedap juga lengan Abang Iman ni buat bantal.
"Ceritalah..." arah Iman dengan suara yang meleret seakan-akan mahu tidur.
"Sebenarnya bukan saya nak bercerita sangat pun. It just... I am curious about Joji Loji tu. Apa hukuman yang dia dapat eh? Dia dah mati ke? Cause to be honest, after what had happened that night, saya terus lupa pasal tu. I don't even bother to think about it because that was the only to move on. Tapi sekarang saya tertanya-tanya... apa jadi dekat dia," bebel Auji tanpa memikirkan apa yang keluar dari mulutnya.
"Naura nak dia dapat hukuman apa?"
Auji diam. Soalan Iman, walaupun disoal dalam keadaan mamai, buatkan dia terfikir sejenak. Dia punyalah nak lupakan pasal hal tu sampai apa hukuman yang dia mahu Joji Loji dapat pun dia tak terfikir. "Apa hukuman pedophile dekat Malaysia?"
"Kalau dia simpan child porn, dia kena hukuman RM 10,000 atau maksimum lima tahun penjara. Kalau rogol kanak-kanak atau bawah umur, penjara minimum sepuluh tahun, maksimum 30 tahun dan sebat," jelas Iman. Matanya yang tadi terkatup rapat kembali celik. Topik untuk malam ini agak berat. Jadi, kenalah dia menjadi pendengar setia.
"Sikitnya..."
Iman angguk. Setuju dengan kenyataan Auji.
"Tak adil untuk mangsa."
"Kalau Naura diberi peluang untuk jatuhkan hukuman dekat dia, what will the punishment be?" Kipas siling yang berpusing laju ditatap lama. Dia mahu tahu apa hukuman yang paling setimpal untuk perogol atau penjenayah kanak-kanak. Lebih-lebih lagi dari mulut seseorang yang pernah hampir menjadi pemangsa seksual itu.
"Kalau saya ada peluang untuk jatuhkan hukuman, saya nak dia rasa apa yang mangsa dia rasa. Saya nak dia rasa tak selamat sepanjang masa. Saya nak dia tahu apa rasanya hidup dalam ketakutan. Paling senang macam ni lah, saya nak semua deria dia ditarik. Jadikan dia buta, bisu dan pekak. Biar dia rasa macam mana hidup dalam keadaan macam tu," tutur Auji, tulus dari hati.
"..." Iman tidak beriak.
"Itu saya rasa hukuman paling setimpal untuk penjenayah macam dia. Tapi bukan kuasa saya untuk menentukan hukuman tu... Although I am disappointed with the law here. Kalau ikut hudud macam mana? Abang tahu?" Auji mendongak, memandang Iman yang telah pun celik mata.
"Itu abang tak pasti sebab itu bukan kepakaran abang. But one thing I know is, hukuman mengikut syariat Islam lagi berat. Ada perbezaan hukuman mengikut mazhab. Ada juga yang mengatakan perogol boleh dijatuhkan hukuman mati. One more thing about hudud yang abang pernah dengar ceramah, ustaz tu pernah cakap, an eye for an eye. You know what I mean?" Mata mengerling Auji yang sedang mendongak memandangnya.
"Tahu. Hukuman yang dia dapat, setimpal dengan jenayah yang dia buat. After all, hukuman mengikut syariat Islam yang paling adil."
"Tapi tak semua boleh terima."
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Roman d'amour"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...