"Moon! Sebelum shift kau habis, kita jumpa dekat kafe." Jeep berjalan saing di sebelah Moon. Memandangkan kaki Moon agak panjang dari wanita biasa, terpaksalah dia membuka langkah besar untuk bersaing sekali dengan Moon. Almaklumlah, Jeep merupakan seorang yang agak comel fizikalnya berbanding Iman dan Moon. Kalau Iman enam kaki, dia pula baru lima kaki tiga inci. Pendek.
Langkah Moon serta merta mati. Jeep dipandang dengan kening terangkat tinggi. "Kenapa?"
"Adalah."
"Awak nak cakap pasal apa Jeep?"
"Iman."
Moon kemam bibir. Nama yang baru terpacul dari bibir rakan sekelasnya dahulu berjaya membuatkan perasaannya serba tak kena.
"Boleh tak?"
"Okey. Pukul lima nanti kita jumpa dekat sana."
-3-
Moon menarik nafas dalam. Wajah Jeep yang sedang serius merenungnya ditatap tanpa perasaan. Langsung tidak dapat mengagak apakah yang bakal keluar dari mulut jejaka itu.
"Aku nak cakap sesuatu dengan kau, Moon. Pasal Iman. Dan pasal Jii. Aku tak nak masuk campur dalam hal korang bertiga. Tapi memandangkan aku sebagai pemerhati tegar dan sahabat baik Iman, aku kena tegur juga. Kebelakangan ni Iman cakap yang kau selalu cari Auji. Boleh aku tahu kenapa?" Jeep membuka bicara tanpa berlengah.
"Tak ada apa-apa. Saja je cari sebab saya rindu dia."
"Rindu atau sebab kau nak salahkan dia sebab kahwin dengan Iman? Yang sepatutnya jadi suami kau?" Jeep menduga.
"Saya tak salahkan dia..."
"Iye ke?" Kening Jeep terangkat tinggi. "Aku dengar, kau tak habis-habis salahkan Jii atas perubahan perangai Iman. Kau kata Jii yang buatkan Iman jadi ganas dan suka mencarut. Kan?"
Moon berdecit. Matanya mengoleng ke arah lain. Bengang apabila Jeep dapat meneka perkara sebenar yang membuatkan dia begitu alah pada Auji.
Pergh, dia jeling mata! Pertama kali aku nampak dia buat muka macam tu. Jeep cuba menahan riak wajahnya dari berubah. Terkejut dengan reaksi gadis di hadapannya. "Betul tak?"
"Kalau tak betul, kenapa Iman cakap kasar-kasar dengan saya? Iman tak pernah sekali pun cakap dengan saya dengan nada macam tu. Iman jadi macam tu semenjak dia kahwin dengan Jii. Betullah salah Auji."
"Dekat situ kau salah, Moon." Telunjuk diangkat kecil. "Iman, dari pertama kali aku kenal dia, cara dia cakap memang macam tu. Cuma bila dia bercakap dengan kau je dia tone down dia punya cursing. Dia buat macam tu sebab dia hormat kau. Dia sayang dekat kau. Sebab tu dia sanggup buat apa sahaja untuk kau asalkan kau boleh terima dia seadaanya. but unfortunately for him, kau tak hargai dia macam mana dia hargai kau. Sekarang, bila dia dah ada orang lain, kau meroyan. Sedangkan dari awal benda ni terjadi, semua salah kau. And for all you know, Iman that you know now is the real him.
Dan nak tahu benda yang paling menyakitkan hati? Iman dah jumpa dengan his eternal love. Orang yang boleh terima dia seadanya. Orang yang di mana dia boleh jadi diri dia sendiri. Kau kena terima semua tu sebab Iman bukan lagi milik kau. Tak semua benda yang kau nak kau boleh dapat."
Moon hanya membungkam. Mata tertancap pada bucu meja kafe. Kapucino yang sudahpun sejuk dibiar tidak berusik. Sukar untuk dia terima apa yang baru dikatakan Jeep kerana hatinya masih sayangkan Iman. Dan Iman sepatutnya menjadi milik dia seorang. Bukannya orang lain. Bukannya Auji!
"Tolonglah... Aku tahu kau orang yang baik Moon. Aku tahu kau boleh lupakan Iman. Aku buat benda ni semua bukan sebab Iman suruh atau aku nak back up Jii. Aku buat sebab kelakuan kau buat darah aku menyirap. You are too full of yourself. Cuma sebab semua orang baik, ikut cakap kau, tak bermaksud orang sayangkan kau. Orang buat sebab nak jaga hati. And one thing for sure, lagi kerap kau ganggu dorang, lagi benci Iman dekat kau. Bukan setakat Iman, Auji pun. Oh, sebelum aku lupa... aku yang bagitahu Iman pasal pernikahan kau tu. Auji tak ada kena mengena dalam hal ni. Jangan salahkan dia."
"Jeep..." Moon bersuara peralahan. Apa yang dikatakan Jeep masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sukar untuk dia memproses apa yang keluar dari mulut Jeep.
"Apa dia?"
"Awak rasa Iman betul sayangkan Jii?"
"Itu aku tak pasti. Tapi yang pasti, cinta tu dah berputik." Jeep tersenyum. "Kita doa jelah untuk dia orang. Aku yakin, Auji memang ditakdirkan untuk Iman."
Moon tidak beriak. Matanya yang tadi tetap pada bucu meja mula berkaca. Sungguh... apa yang baru diungkapkan Jeep betul-betul menusuk kalbu. Susah untuk dia terima, tapi sudah sampai masanya untuk dia melepaskan Iman walaupun perkara itu adalah teramat berat untuk dia lakukan.
"Mungkin sekarang giliran suami kau pula untuk dapatkan kasih sayang kau? Cubalah. Banyak pahalanya."
"Awak tak tahu situasi saya macam mana, Jeep. Jangan cakap macam awak tahu semua benda."
"Oops, sorry. Tak ada niat nak sakitkan hati kau." Jeep kemam bibir kuat. Kadang-kadang aku rasa kesian pula dengan sesiapa yang suka dekat Moon ni. Nasib baik aku tak pernah ada hati dekat dia. Kalau tak, dengan aku-aku sekali kena hadap perangai possessive dia.
"Awak rasa, Iman masih anggap saya kawan tak?"
"As long as kau tak berlagak macam awek dia, hormat dia sebagai rakan sekerja, tak suruh Iman berubah, dan paling penting, tak buka cerita pasal isteri dia, aku rasa dia okey je." Jeep senyum segaris.
"Okey... terima kasih, Jeep."
"Takde hal. Aku cuma nak nasihatkan kau je."
_______________________________________
Moon kena 2nd shot.
Lagi satu, cara Jeep cakap Takde hal tu mengingatkan saya pada member India saya. Fasih nok BM dia. Hahahahaha. and minta maaf, bab ni filler aja.
Iman fanservice-ing.
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Romance"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...