37

605 34 5
                                    

Iklan. Ehek.

SAIZ: A5, A6 dan B6. | STOK: <10  |  HARGA: RM 27 |  WORDS : 85,000

JUDUL: D.I.R.I.D

PENULIS: IZAKIKUN

ISBN: 978-967-25803-2-4

BLURB:

Cubaan tiga beradik untuk menjodohkan along dengan jejaka bekerjaya pujaan kampung (dan merangkap seteru along).

Kisah berkisar tentang kehidupan yang penuh dengan ragam dan gelagat adik-beradik. Setiap satu mempunya fi'il yang unik yang membuatkan kehidupan mereka tiada apa-apa melainkan kebahagiaan dan sedikiiiit kemuraman. Along dengan pendirian tak mahu berkahwin, angah yang hilang dari radar, alang yang suka bergosip, achik yang hampir dibuli dan Daniel yang licik.

If you are interested, you can check out my Shopee (Search: Izakikun)

BELILAHHH~! SUPPORTLAH SAYA! BUKU DAH TERPERAP LAMA SANGAT DEKAT BILIK. (Nak kurangkan barang dalam bilik jugak.)

_____________________________________________________________

Amaran! Bab ni tak sesuai untuk bawah umur. Yang bawah umur, shooh! Pergi jauh-jauh. Pergi baca fanfic lain. 

___________________________________________________________________

"Abang...!" Auji menderum ganas. Kaki menapak ke depan Iman dengan perlahan. Muka masam mencuka.

"Iye?" Iman tayang senyum tanpa rasa bersalah. Kaki pula mengundur perlahan. Seronok apabila melihat isterinya berang.

"Bagi balik buku tu!" tangan mengangkat tinggi, cuba merampas semula bukunya dari tangan Iman. Tadi, elok dia leka membaca, Iman datang entah dari mana, terus mengambil buku dari tangannya. Dah lah dekat part best. Potong stim betul.

"Buku apa yang Naura baca sampai abang panggil berkali pun Naura tak dengar?" tangan diangkat tinggi, menjauhkan buku itu dari tangan Auji.

"It's none of you business! Abang~! Bagi balik buku tu!"

Halaman diselak. Satu perenggan pada muka surat rawak dibaca kuat. "Looking at his wife, sitting there with a grin on her face. She-"

"Abang! Stop it!" Muka Auji jelas kemerahan.

"Buku apa yang Naura baca ni?" Iman tarik senyum senget. Punggung terus dihenyakkan ke sofa dengan kasar. Malas hendak bermain kejar-kejar dengan Auji. Kulit muka depan dilihat. Tajuk dibaca. "The Girl with the Make-Belief Husband? Wow, cerita apa ni?"

"Romance! Dah, tak payah sibuk. Bak sini buku tu." Sekali lagi tangan cuba merampas buku itu. Namun gagal. Tangan pendek bercampur pula dengan tubuhnya yang rendah langusung tidak dapat berlawan dengan tubuh tinggi lampai suaminya.

Selamba novel dicampak jauh. Langsung tidak peduli jika novel itu rosak. Seringai ditarik panjang apabila melihat raut wajah isterinya membengis.

"Abang Iman~!" gigi menggetap kuat. Iman yang sedang duduk senang sambil bersandar malas di atas sofa dirapati. Sofa dipanjat. Punggung selamba dihenyakkan di atas pangku suaminya. Kuku dibenamkan pada bahu Iman dengan kuat. "Kalau rosak buku tu macam mana?"

Iman angkat bahu berkali-kali. Kuku Auji yang terbenam di bahunya dibuat tak endah. "Entah. Bukan masalah abang."

"Itu bukan buku saya!" wajah dirapatkan pada wajah suaminya. Sengaja mahu menunujukkan wajah bengisnya. "Saya pinjam buku tu dari kawan."

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now