43

665 40 3
                                    

)AMARAN! ADA BABAK YANG AGAK TAK SENONOH. HEK (BOLEH SKIP BAB NI KALAU NAK)

_________________________________________________________________

"Amacam honeymoon? Best?" tanya Mike sambil senyum tertarik meleret dengan mata merenung Auji di sisinya dengan nada terhibur. Corak penat dan bahagia bercampur jelas berukir di wajah mulus sahabat baiknya. Tak sabar mahu mendengar cerita bulan madu Auji.

Auji sengih kerang busuk. "Best." Jawabnya sepatah sambil mengangguk sekali.

"Kau buat apa je kat sana?"

"Erm..." angin panas perlahan bergerak ke wajah. Auji tersipu-sipu. "Hehehe. Adalah."

"Adalah?" Kening Mike terangkat tinggi. "Suspicious betul kau punya adalah tu. Ke... kau tak keluar ke mana-mana? Cause you look tired."

"Do I?" telunjuk menuding ke arah muka sendiri. "Aku tak perasan. Aku nampak muka aku biasa je."

"Kau nampak pucat. Dengan penat. Sebab tu aku tanya... kau buat apa je masa pergi honeymoon hari tu? Takkan hiking?" penyedut minuman dikepit dengan bibir. Sekejap-sekejap menyedut minuman masam manis itu.

"Taklah..." Auji garu tengkuk janggal. "Aku kat sana empat hari tiga malam. Dua hari satu malam, kita orang island hopping, snorkeling..."

"Baki dua hari tu?"

"Ahh..." tubuh Auji mula merona. "Aku... dengan dia... duduk lepak kat hotel je."

"For two whole days?! Buat apa?" dahi Mike berkerut. Betul-betul tak faham apa yang dilakukan Auji dengan suaminya ketika berbulan madu. Sepatutnya bulan madulah masa paling sesuai untuk meluangkan masa, berjalan bersama-sama. Bukannya bazir masa di hotel tanpa ada sebarang akitiviti untuk dilakukan.

Tanpa sebarang aktiviti? Dekat hotel? Anak mata Mike memandang ke atas, memikirkan perkara yang baru sahaja terlintas di fikirannya.

"Aku..."

Mike senyum. Senyum sehingga membuatkan matanya bertutup. "No need to say anything. Aku tahu."

"Apa yang kau tahu?" wajah yang masih merah menyala, sengaja Mike dicabar. Walaupun dia sendiri sedar yang Mike sudah pun tahu apa yang sebenarnya dia dan Iman lakukan pada baki dua hari ketika mereka berbulan madu.

Mike gigit bibir bawah dengan senyuman penuh makna masih bercorak di wajah. "Aku tahu, Jii... Aku tahu kau tahu apa yang aku tahu."

"Hmf." Auji mendengus. Menyampah dengan reaksi Mike. Tubuh dipeluk sambil belakang bersandar kasar ke penyandar kerusi. "Salah ke?"

"Tak salah. It's good that kau luangkan masa dengan laki kau. Aku bet, itu momen yang takkan kau dapat lupakan." Belakang bersandar malas. Wajah Auji yang masih merah ditatap lama. "You look happy."

"Of course I'm happy!" Suara Auji tinggi satu desibel. "Siapa tak happy kalau laki alpha macam dia layan aku baik-baik? Jatuh cinta buat kali ke-101 kau tahu tak?" Auji memekik kuat.

Sungguh, layanan Iman terhadapnya sepanjang mereka berbulan madu kelmarin betul membuatkan dirinya terasa seperti seorang permaisuri. Dibelai lembut dan dijaga dengan baik adalah salah satu perkara yang mahu dia alami selepas berkahwin. Dan akhirnya! Segala impiannya untuk disayangi suami tercapai jua.

"Can you swim?" lembut suara Iman menyoal. Tangan sudah dihulur ke arah Auji yang masih berteleku di bangku kayu di pinggir pantai. "Kalau tak boleh, abang pegang Naura masa snorkeling nanti. Biarkan life jacket tu je yang buat Naura terapung."

"Saya boleh berenang." Auji sengih. Tangan suaminya disambut. "Tapi nanti abang bawalah saya berenang keliling."

Hari pertama dan kedua berjalan lancar. Namun aktiviti untuk hari ketiga terkandas apabila mereka terpaksa membatalkan semua perancangan mereka. Sepatutnya ber'island hopping' pada hari ketiga, jadinya ber'hopping' ke bilik hotel gara-gara kaki Auji yang tercedera akibat terpijak serpihan batu karang semasa mereka bersiar-siar di pantai.

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now