Darah Auji berderau turun dari wajah. Wajah lelaki yang sedang menyeringai kepadanya membuatkan jantungnya berdegup kencang. Lagi parah apabila lelaki itu merupakan klien dan juga sahabat kepada pengurus projeknya. Mati.
"Lah, kau kerja dengan Mokhtar ke? Tak cakap awal-awal. Kalau tak, boleh je kau gerak dengan aku." Joji menyeringai besar.
"Ta-tak apa. O-orang gerak dengan Encik Mokhtar je." Suara Auji kecil. Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan takutnya sekarang. Lebih-lebih lagi bila pemangsa seksual merangkap abang tirinya berada bersama ketika dia sedang bekerja. Aku nak nangis.
"Kau kenal Auji ke, Joji?" soal Mokhtar.
"Adik tiri aku." Joji msih dengan seringai tadi. "Korang duduk hotel mana?"
"Majestic Hotel."
"Ah... kebetulan sama dengan aku. Malam nanti kita dinner sekali." Joji mengajak.
Mokhtar teruja. "Aku okey. Asal ada orang belanja."
"Don't worry," bahu Mokhtar dirangkul dan ditarik bersama menuju ke pintu masuk tapak pembinaan. "Aku payung."
"Nice!" teriak Mokhtar kuat. "Korang, let's go."
Auji dan lagi seorang rakan sepejabatnya mengikut dari belakang. Telefon pintar dikeluarkan. Mesej kepada Mike tentang nama hotel dia menginap dan juga tentang kehadiran Joji sempat dihantar.
Gelas yang baru hendak dicuci terlepas dari pegangan. Gelas kaca pecah berderai dilantai. Mata merenung serpihan kaca tanpa perasaan. Entah mengapa sejak Auji bertolak ke Perak tengahari tadi, hatinya gundah. Seperti sesuatu yang kurang baik mungkin akan berlaku pada isterinya.
Kepala menggeleng laju, cuba memadamkan perkara yang baru terlintas dalam fikirannya. "Nope... should not think about that."
Deringan telefon miliknya mematikan langkahnya yang baru sahaja hendak menyapu serpihan kaca yang pecah. Nama yang tertera di permukaan skrin dibaca. Mike? Butang jawab ditekan.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Kau free tak sekarang?"
"Free. Apasal?" Kaki melangkah ke ruang tamu dengan berhati-hati. Kaca berderai di lantai dapur dibiarkan.
"Good. Aku nak kau gerak ke Perak sekarang. Pergi Majestic Hotel." Nada Mike kalut dan tergesa-gesa. Nafasnya bergetar apabila mengarah Iman. "Aku tak boleh nak buat apa-apa sekarang sebab aku dekat kampung."
"Aku tak faha-"
"Sekaranglah bodoh!"
Iman tergamam. Jeritan kuat Mike di sebelah talian terus membuatkan refleks bergerak pantas mendapatkan jean dan pullover yang tersangkut di belakang pintu. Telefon pintarnya dikepit antara bahu dan telinga. Jantung mula berdebar. "Aku tengah siap."
"Bagus. On the way nanti aku cerita dekat kau."
"Kejap. Ni ada kena mengena dengan Jii ke?"
"Yes! Sebab tu kau kena cepat!"
Butang tamat panggilan ditekan. Kunci kereta, dompet dan pullover dicapai laju. Kaki melangkah ke parkir kereta tanpa berlengah. Kereta terus bergerak laju menyusuri jalan raya tanpa menunggu enjinnya panas. Hampir sepuluh minit memandu di lebuhraya PLUS, nombor Mike didail semula menerusi skrin dalam kereta yang sudah dicambungkan melalui bluetooth.
"Assalamualaikum," salam diberi sebaik sahaja Mike menjawab panggilannya.
"Waalaikumussalam. Kau dah gerak?"
"On the way. ETA one hour." Nadanya keruh dan perlahan. Pedal minyak ditekan kuat sehingga jarum pada meter menginjak ke 140 km/j. "Tell me everything, Mike."
"Joji ada dekat sana sekali."
Pegangan pada stereng. "Joji?"
"Kau kenalkan siapa dia?"
"Kenal."
"Jii pernah cerita apa yang Joji pernah buat dekat dia?" Mike soal perlahan.
"Apa yang dia buat dekat Jii?" Soalan dibalas soalan. Nadanya menjunam rendah. Urat pelipis mengeras. Kesabarannya makin menipis apabila ayat 'Joji pernah buat dekat dia' terlepas dari mulut Mike.
"Dia cabul Auji. Masa Jii darjah enam. Masa Jii tingkatan satu, dia paksa Auji buat oral seks dengan dia, tapi tak sempat sebab Jii lari. Tingkatan dua, dia hampir rogol, again, tak sempat sebab aku halang." Suara Mike bergetar teruk. Lagi-lagi bila perkataan yang sangat jijik untuk dia tuturkan terpacul dari bibirnya. Hatinya berdarah semula apabila terpaksa menceritakan semua perkara itu kepada Iman walaupun Auji memaksa dia untuk merahsiakan perkara itu.
Gigi menggetap kuat. Dada berombak ganas. Nafas terasa semakin laju diambil. "Lagi?"
"Itu je yang aku tahu."
"Siapa lagi yang tahu?"
"Cuma aku. Dengan si pelaku. Auji tak pernah bagitahu mak dia sebab mak dia tak percayakan dia. Auji tak bagi aku bagitahu kau pasal benda ni. Tapi aku terpaksa. Kau laki dia. Kau berhak tahu."
Telunjuk kanan menarik picu high beam. Memberi amaran supaya kereta di hadapan memberi laluan kepadanya walaupun dia berada di garisan paling kanan. "Ada sebab dia tak nak bagitahu aku?"
"Dia takut kau bencikan dia. Lagi pun, dia kata semua tu aib. Dah lama dia simpan benda ni. Aku kesian dekat dia, Man. Dia dah tak ada sesiapa untuk dia percaya. Mak dia pun tak percaya dekat dia. Aku pula tak ada sentiasa dengan dia. Kau sorang je yang dia dan aku boleh harapkan. Tolonglah, Man." Mike merintih perlahan. Hatinya sungguh terseksa apabila cerita yang menjadi sejarah hitam sahabat baiknya dibuka semula.
Nafas Mike yang sepertinya sudah tersumbat hidungnya kedengaran. Jelas menunjukkan bahawa Mike sedang menangis. Iman tidak bersuara. Setelah beberapa saat berdiam diri, Iman bersuara. "I do what I can. Thanks for telling me. I owe you a lot."
"Pay me back by kick him hard on his dick." Mike tutur rendah. Penuh dengan kebencian. "Aku risau dia apa-apakan Jii dekat sana."
"Don't worry. I'll castrate him terus. Touch my wife, he'll die. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Anything, aku call kau balik."
"Please and thanks." Butang tamat pada skrin ditekan. Pemanduannya diteruskan. Kali ini pada 200 km/j.
________________________________________
Hm,hmmm... komen tau.
haha
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Romance"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...