MR. DOKTOR & MRS. JURURAWAT {1}

3K 43 0
                                    

" Ma, Anna pergi kerja dulu ya. Dah lewat ni." "Ehh, tak nak breakfast dulu ke  cik misi oiii?" "Takpe ma, nanti Anna makan. Ok, bye!" "Bertuah punya anak perempuan. Tak dalam ibunya pun. Hmm."

"Wei Zaf, kau tau tak harini ada doktor baru datang bertugas kat sini tau?" Kata Mawar kepada Hannah.

"Kau biar betul Mawar?" "Eh, betul lah! Takkan aku nak tipu pulak. Tapi kan, aku dengar doktor tu yang akan ganti tempat doktor Kamal. Jadi, kau kena jadi asisten dia lah!"

"Aku dengar, doktor tu garang tau! Kau kena hati-hati." "Eee, kau ni Risa. Janganlah takutkan aku. Mana tau berita yang tersebar tu palsu, ha."

"Kalau betul-betul, mampus kau Zaf." "Hmm, redha jelah. Nak tak nak aku kena terima jugak."

"Semua, perkenalkan, ini doktor baru yang akan bertugas di sini dan menggantikan tempat Doktor Kamal. Dipersilakan Doktor Zufar minta ke hadapan." Kata Doktor Chan.

"Assalamualaikum semua. Saya Doktor Zufar akan mula bertugas mulai harini dan saya harap semua akan beri kerjasama dengan saya dan jika ada salah silap sila beritahu saya. Terima kasih semua."

"Baiklah, itu sahaja ucapan dari doktor baru kita. Nurse Zaf, saya minta awak tunggu sebentar dan yang lain boleh bersurai."

"Err, ada apa ye Doktor Chan?" "Memandangkan awak masih baru juga di sini, jadi saya minta awak jadi asisten Doktor Zufar, boleh?" "Boleh, doktor. Saya pun takde kerja sangat."

"Ok cun. Nanti jumpa dia di bilik lama Doktor Kamal." "Baik doktor."

"Wei korang!" "Ha, kenapa Zaf? Macam kena ligan hantu ja aku tengok." Kata Risa kepada Hannah.

"Aku kena jadi asisten Doktor Zufar!" "Ha, kan aku dah cakap, kau tak nak percaya!" "Hmm. Takpelah." "Ala, takpe Zaf. Mana tahu kau dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan doktor baru tu."

"Yelah, lagipun kau kan masih bujang lagi. Doktor tu pun boleh tahan hensem aku tengok." "Sebab aku dah bertunang je. Kalau tak, dah lama aku ngorat doktor tu tau." Kata Mawar kepada Hannah.

"Ish, korang ni. Dah la, aku busy, bye." "Elehh, cakap jelah yang kau nak pergi jumpa doktor tu!" Kata Risa kepada Hannah.

MR. DOKTOR & MRS. JURURAWAT (COMPLETE✔️) Where stories live. Discover now