"Dah dah. Saya gurau je. Awak dah sedar kan, kejap lagi pergi mandi, minum air astu kita balik. Nanti mama awak risau pulak." "Ok."
"Encik Zufar, nak balik dah ke? Taknak tidur sini?" "Eh, saya singgah je. Nanti-nantilah saya tidur sini. Bawak isteri datang sini nanti."
"Ooo, ok." "Awak sembang dengan sapa Rayden?" "Haa, pergi jumpa dengan perempuan yang kat sana tu dan ucap terima kasih."
"Hai, erm terima kasih tolong saya tukarkan baju tadi. Menyusahkan awak je. Maaf saya ambil baju awak ni." "Eh, takpe. Lagipun baju tu baju tambahan untuk orang yang takde baju ha."
"Oh yeke? Kalau macam tu terima kasih lagi sekali. Saya balik dulu, assalamualaikum." "Waalaikummussalam."
"Dah, jom."
"Sorry, saya menyusahkan awak tadi." "Takpelah. Benda dah jadi nak buat macam mana. Nasib baik tak jadi apa-apa kat awak."
"Ok, dah sampai." "Terima kasih tolong hantarkan saya, Rayden." "Sama-sama. Esok cuti kan? Jom ikut saya pergi jalan-jalan." "Boleh. Saya free esok." "Ok, kalau macamtu, dalam pukul 10 pagi, awak siap eh? Saya ambil awak." "Bye, Rayden."
"Ha, dah pukul berapa ni! Baru tau nak balik!" "Ala mama ni, kan Hannah dah cakap jangan tunggu. Hannah balik lewat sebab event tu atas kapal. Sebab tu lambat balik."
"Ooo, dah la pergi naik." "Seronok ke dating tadi?" "Seronok sangat! Takde ganggu apa-apa." "Ehem, harap Hannah dapatlah adik. Aamiin." "Eh, kamu ni! Pergi naik cepat!"
"Esok Hannah free, boleh la aku luahkan perasaan aku esok kat dia. Tak boleh jadi, nak luahkan perasaan kena pergi tempat yang tenang dan takde gangguan."
Pada keesokan harinya,
"Selamat pagi mama, papa." "Selamat pagi sayang. Eh, awal bangun harini. Nak pergi mana pulak?" "Hehehe, macam tau-tau je papa ni. Hannah nak pergi jalan-jalan dengan kawan la."
"Lagi?" Ye, lagipun sebelum berpunya, kita enjoy dulu. Nikmati hidup masa muda." "Habis, nanti kahwin tak boleh enjoy?" "Ala, lepas kahwin dah lain dah kehidupan, mama."
"Hannah, kahwin la cepat-cepat. Mama tak sabar nak ada cucu." "Ish, kamu ni, biarlah anak kita enjoy dulu. Yang tu boleh fikir lepas kahwin nanti."
YOU ARE READING
MR. DOKTOR & MRS. JURURAWAT (COMPLETE✔️)
RomanceKisah cinta doktor dan jururawat yang bekerja di hospital swasta yang sama dan telah berkahwin serta hidup bahagia walupun dalam kesukaran 𝐙𝐮𝐟𝐚𝐫𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧𝐀𝐥-𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦𝐗𝐇𝐚𝐧𝐧𝐚𝐡𝐙𝐚𝐟𝐞𝐞𝐫𝐚