*Tok Tok Tok* pintu bilik Zufar diketuk.
"Masuk." "Ye, nak apa ye?"
"Mula-mula, biar saya perkenalkan diri dulu. Assalamualaikum Doktor Zufar. Saya Nurse Hannah Zafeera akan bertugas sebagai asisten doktor."
"Waalaikumussalam. Baik, silakan duduk." Wah, macam Interview kerja pulak bila disuruh duduk.
"Cantik jugak asisten aku ni. Helok betul." Kata Zufar didalam hati.
"Kenapa doktor suruh saya duduk? Saya kan asisten." "Habis, kau nak berdiri 24 jam kat sebelah aku ke? Camtu?" "Eh tak tak. Saya tanya je doktor." "By the way, umur kau berapa eh, Nurse Hannah?" "Umur saya 24. Doktor, panggil saya Zaf atau Anna pun boleh."
"Zaf? Zaf tu kan nama lelaki." "Tak kesah la doktor." "Ok, so ikut suka hati sayalah nak panggil apepun."
*Tiba-tiba telefon berdering*
"Doktor, ada patient yang nak masuk. Mintak asisten doktor tolong jemput patient." "Oh, okay."
"Hannah, awak pergi jemput patient sekarang. Ada orang nak masuk." "Baik doktor."
"Puan, sila ikut saya ke bilik rawatan." "Baiklah nurse." "Assalamualaikum puan. Selamat pagi." "Waalaikumussalam. Selamat pagi doktor." "Doktor, ini dokumen tentang patient."
"Jadi, puan datang untuk check up ye?" "Ye doktor. Tapi kenapa muka doktor nampak lain ye? Nampak lagi muda." "Haah, saya doktor baru yang ganti tempat doktor Kamal."
"Ouh, doktor dah kahwin?" Tanya pesakit itu kepada Zufar.
"Err, belum puan." "Makcik tengok, kamu ni sepadan dengan anak Makcik. Dia pun bujang lagi." "Minta maaf puan. Saya tak ada apa-apa rancangan lagi untuk masa depan. Sekarang, kita fokus ke penyakit puan ni. Hannah, awak bawak puan ni ke katil. Saya nak check." "Baik doktor."
"Puan, penyakit puan ni dah merebak. Untuk menyelamatkan nyawa puan, puan kena menjalankan pembedahan." "Bila tu doktor?" "Kalau boleh secepat mungkin."
"Saya takut doktor." "Puan jangan risau. Semuanya akan berjalan dengan lancar. Biar saya bercakap dengan waris puan terlebih dahulu kemudian kita bercakap dengan doktor yang bertanggungjawab atas penyakit puan."
"Baiklah doktor."
YOU ARE READING
MR. DOKTOR & MRS. JURURAWAT (COMPLETE✔️)
RomanceKisah cinta doktor dan jururawat yang bekerja di hospital swasta yang sama dan telah berkahwin serta hidup bahagia walupun dalam kesukaran 𝐙𝐮𝐟𝐚𝐫𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧𝐀𝐥-𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦𝐗𝐇𝐚𝐧𝐧𝐚𝐡𝐙𝐚𝐟𝐞𝐞𝐫𝐚