"AHAHAHAHAHAHAHA. Mana ada lepas makan itik, mulut kita jadi macam itik. Merapu jelah mama kamu tu, Hannah." Kata Tuan Zareef kepada Hannah sambil ketawa.
"Hmm, abang ni kalau ketawakan orang nombor satu. Rugilah mama Hannah tak makan itik. Nah, cuba Hannah rasa sikit itik ni."
Lalu Hannah menggigit sedikit paha itik.
"Mmmm sedapnya! Nanti nak suruh mama rasa lah." "Mungkin mama kamu tu takut makan itik sebab setengah orang cara masak tu lain. Ada yang sedap, ada yang tak sedap."
"Ooo. Faham faham."
"Ni Hannah. Kamu duduklah sini sampai perut kamu dah besar. Kami tak kisah pun, kita kan keluarga. "
"Tapi umi, Hannah kena kerja jugak." "Hannah, kamu tu perempuan. Sebenarnya kamu tak kerja pun takpe sebab si Rayden tu boleh bagi kamu nafkah, bagi kamu duit."
"Betul tu Hannah. Lagipun, kamu kena jaga elok-elok kandungan kamu tu. Itukan anak pertama kamu dan Rayden. Dan cucu pertama kami dan mama papa kamu." Kata Tuan Zareef kepada Hannah.
"Betul tu Hannah. Umi pun risau keadaan kamu tu." "Hannah, kamu duduk la sini sampai perut kamu dah besar ye. Lagipun, kamu boleh teman umi kamu ni. Walid ada hal nanti."
"Eh, hal apa pulak abang ni? Abang tak cerita apa-apa pun dekat sayang." "Saya nak cerita dekat awak malam nanti. Tapi dah terlanjur cakap ni, cakap jelah."
"Abang nak pergi mana?" "Saya ada aktiviti dengan kawan-kawan sekolah saya. Tapi dalam masa yang sama, saya kena pergi uruskan sesuatu di tempat lain. Lebih kurang sebulan la."
"Sebulan?! Lama benornye." "Yelah Walid. Kalau macamtu, biar umi lah ikut Hannah balik rumah. Tak lah sunyi sangat."
"Eh, umi taknak pergi sana." "Awak ni, ikut ajelah menantu awak balik sana. Lagipun, nanti dia nak buat check up ke, buat buku ke, emergency ke, senang lah sikit. Sini kampung, mana ada apa. Nak keluar ke pekan pun jauh haa."
YOU ARE READING
MR. DOKTOR & MRS. JURURAWAT (COMPLETE✔️)
RomanceKisah cinta doktor dan jururawat yang bekerja di hospital swasta yang sama dan telah berkahwin serta hidup bahagia walupun dalam kesukaran 𝐙𝐮𝐟𝐚𝐫𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧𝐀𝐥-𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦𝐗𝐇𝐚𝐧𝐧𝐚𝐡𝐙𝐚𝐟𝐞𝐞𝐫𝐚