Setelah selesai makan, mereka balik ke hospital semula.
"Sweetie, bie ada hal kejap. Sweetie pergilah masuk dulu." "Ooo ok. Hati-hati tau!" "Iye."
"Aku tak boleh duduk diam je. Aku kena juga bagitau dekat pengarah. Aku tak nak dia ganggu bini aku lagi." Kata Zufar didalam hatinya.
*Zufar mengetuk pintu bilik pengarah*
"Silakan masuk."
"Doktor." "Ha, ada apa kamu datang sini Doktor Zufar? Ada hal penting ke?" "Ada doktor. Sangat-sangat penting."
"Cuba awak ceritakan dekat saya." "Saya nak doktor transfer Denisa kemana-mana sahaja asalkan bukan dekat sini."
"Eh, kenapa macam tu? Dia ada buat salah ke?" "Dia buat bini saya menangis, cakap yang bukan-bukan. Saya taknak lah suruh doktor pecat dia tapi transfer dia ke mana-mana sahaja asalkan bukan kat sini."
"Hm, baiklah. Nanti saya akan transfer dia kemana-mana." "Baiklah, terima kasih doktor. Kalau macamtu saya keluar dulu." "Ya ya."
Tiba-tiba Zufar terserempak dengan Denisa.
"Eh, Hai Doktor Zufar. Doktor Zufar dari mana nak ke mana?" Tanya Denisa dengan lembut.
"Saya dari sana nak ke sisi isteri saya yang tercinta. Kenapa? Jeles ke Nurse Denisa?" Tanya Zufar kepada Denisa.
"Eh, taklah. Tapi kan doktor, tadi saya nampak Zaf tu tengah gelak sakan dengan Doktor Aisy."
"Hoi perempuan. Kau jangan fitnah bini aku lah. Kau asyik memburuk-burukkan bini aku, habis kau tu? Cantik sangat ke? Dah la suka sondol orang punya, perasan cantik, heh."
"Eeee sampai hati Doktor Zufar cakap macam tu dekat saya. Hati saya sakit tau! " "Biarlah hati kau terbelah macam mana pun, macam tulah sakitnya hati aku bila ada orang memburuk-burukkan nama isteri sendiri. Dah la, buang masa aku cakap dengan penyondol ni, bye!" Kata Zufar dengan tegas.
"Bie kemana tadi? Lamanya." "Oh, bie pergi jumpa dengan pengarah tadi, ada hal. Kan bie cakap ada hal tadi."
"Ooo, sweetie bukan apa sweetie rindu dekat bie je." "Alololo."
YOU ARE READING
MR. DOKTOR & MRS. JURURAWAT (COMPLETE✔️)
RomansaKisah cinta doktor dan jururawat yang bekerja di hospital swasta yang sama dan telah berkahwin serta hidup bahagia walupun dalam kesukaran 𝐙𝐮𝐟𝐚𝐫𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧𝐀𝐥-𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦𝐗𝐇𝐚𝐧𝐧𝐚𝐡𝐙𝐚𝐟𝐞𝐞𝐫𝐚