Unique

33 4 0
                                    

LEWAT tengahri itu Adelia baru memunculkan diri diruangan kantin. Baru sahaja dia masuk kerja pagi tadi, satu pembedahan telah menunggunya. Dia tiada masalah pun sebenarnya sebab itu memang tanggungjawabnya. Cuma apa yang menyakitkan hati apabila first assistnya sangat tidak berguna. Dia bengang kenapa doktor seperti itu mendapat tempat didalam hospital swasta dan terkenal itu. 

 
Fucking Nepotism!rungut Adelia dalam hati. Dia berjalan mengambil makanan. Beberapa anak mata kurang senang dengan kehadirannya disitu. Ada yang siap menyindir caranya berpakaian. Ada juga yang mempersoalkan warna rambutnya. Ada juga yang bermulut laser mengatakan Adelia mempergunakan Alatamis.

 
Adelia hanya mampu menggelengkan kepala. Pinggan yang berisi makanan dibawa menuju ke arah meja. Dia melilau mencari ruangan meja yang kosong.

Namun, nun dikejauhan ada satu tangan melambai ke arahnya. Julian tersenyum sambil memberikan isyarat untuk datang kepadanya. Adelia kembali tersenyum sebelum menapak ke meja Julian.

"Isy, dasar perempuan. Tak cukup lagi ke dia guna-gunakan Dr. Is. Sekarang ni Dr. Julian pun dia nak."

"Kan? Perempuan macam dia tu memang tak pernah puas lah."

"You bet she fuck with everybody on the board"

Beberapa sindiran yang kedengaran jelas dicuping telinga Adelia apabila dia baru mahu duduk dikerusi. Adelia diam. Masih tersenyum. Darius yang turut ada disitu sangat terganggu dengan sindiran itu. Memang dia tidak sekutu dengan Adelia. Tapi dia tidak tergamak untuk berkata begitu. Julian pula hanya menjadi pendengar.

"Well, she's hot and single. Best surgeon. That this hospital could ever had. Can you compete with her?"sindir Darius. Adelia tersengih seraya menggelengkan kepala. Kedengaran mereka mencebik.

"Haa, tau pulak diam. Takde benda lain nak gosip. Dosa tau. Dosa. Buat malu je."gumam Darius. Adelia tergelak kecil. Dia sempat terpadangkan Alatamis yang baru sampai dimeja mereka.

"Cukup. Cukup. Sambung makan."kata Adelia. Matanya menunduk ke arah nasi. Selebihnya dia malas mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

"Bising-bising tadi kenapa?"tanya Alatamis. Dia duduk dihadapan Adelia. Darius tersengih.

"Kau boleh tanya lagi. Rasanya satu hospital ni tau, kau ambik doktor baru. Gosip pasal dia nilah."jawab Darius seraya menunjuk garpu kearah Adelia. Adelia diam. Dia sibuk menyisihkan beberapa cili yang ada didalam nasinya.

"Lia kau tak nak cakap apa-apa ke?"tanya Darius. Julian dan Alatamis memandang ke arah Adelia yang masih menyisihkan cili dan sayuran ke tepi pinggan.

"Alia."gesa Darius. 

Adelia mengangkat muka. Cili yang di campur lauk dikaut lalu diletak ke dalam pinggan yang dekat dengannya. Alatamis memandang tajam ke arah Adelia. Tidak cukup dengan itu sayur daun yang disisih tadi turut dikaut lalu diletak kedalam pinggan yang sama. Alatamis meletakkan sudu dengan rasa marah yang ditahan.

"Alia kenapa letak kat pinggan Is?"tanya Julian hairan. Adelia menoleh kekiri seraya meletakkan lebihan sayur dan lauk tadi kedalam pinggan Julian pula. Julian kehilangan kata-kata sebelum terkesima.

"Alia?"Darius semakin hairan dengan situasi itu. Adelia mengaut cili yang diletak ke dalam pinggan Alatamis tadi ke pinggan Darius. Tiga pasang anak mata memandangnya.

"What? My mom said no talking while eating. Eat."jawab Adelia dengan bersahaja. Alatamis menunjuk ke arah pinggan nasi putihnya yang dicemari sayur dan cili dari nasi goreng kampung Adelia.

"Sharing is caring. Right?"kata Adelia sambil tersenyum tanpa rasa bersalah. Namun, ketiga-tiga mereka berwajah kelat.

"Look, It's my first day at work. I'm hungry. I already share my food with you guys so please. Do not pressure me. Kalau nak cakap toksik kat belakang ke depan ke. Buatlah aku tak kisah. Cuma jangan kacau waktu aku tengah rehat. I only got 10 minutes. Fuck! five minutes.."serentak dengan itu pager nya berbunyi.

"Now what?" Sudu diletakkan diatas meja. Dia belum sempat menjamah makanan yang dibawa tadi.  

Pager itu dikeluarkan. Dilihat sekilas. Tanpa menunggu lama Adelia bangun lalu mencapai pinggan dan air minumannya. Dia berlalu dari situ tanpa pamit. Meninggalkan mereka bertiga kelu tidak bersuara. Mereka bertiga melihat pinggan masing-masing yang kini lengkap dengan sayuran dan sedikit lauk.

"Okay, I admit it. She's a bit different."Julian mula bersuara selepas Adelia menghilang dari situ.

"No, she's unique."sampuk Darius pula. Dia mulai menyuap nasi kemulut.

"By the way, what kind a deal that you guys agreed on bruh?"tanya Darius kepada Alatamis yang baru mahu mengangkat sudu.

"What? Nothing. Same as you guys"balas Alatamis. Darius menggelengkan kepala. Julian punya hanya diam menghadap makanan dihadapannya.


.........................................................................................

Doctor, Can I Hit On You?Where stories live. Discover now