You love me?

21 5 0
                                    

Skip kalau tak suka Joshua and Yu Xuan story. Enjoy.

......................................................................................................

"Who is it?"tanya Yu Xuan yang tersedar dengan perbualan itu. Dia yang sedang elok tidur memeluk tubuh sasa Joshua mengangkat muka.

Joshua memberikan senyuman kecil. "Alia."jawabnya. Dia masih memegang telefon pintar ditangan kiri. Cuba mendail nombor itu semua. Namun panggilannya tidak diangkat.

Yu Xuan mengangkat tubuh apabila mendengar nama itu meniti dimulut Joshua. Matanya yang kelat dipisat dua tiga kali. Tangan kanan Joshua yang merangkul tubuhnya ditolak.

"Kenapa dengan Alia?"tanya Yu Xuan yang mulai risau.  Joshua menggeleng kepala. Dia menarik kembali tubuh itu supaya baring semula disisinya.

"Jo, kenapa dengan Alia?"tanya Yu Xuan lagi. Joshua masih tidak menjawab. Tumpuannya masih dengan telefon ditangan. Dia menolak tangan yang mahu merangkul lagi. 

"Yi chen!"

"Yes, Baobeii."jawab Joshua dengan sengihannya.Perubahan drastik itu membuatkan Yu Xuan menggelengkan kepala. Dia meletakkan kembali telefonnya di meja sisi. Tubuh Yu Xuan ditarik ke dalam pelukan.

Yu Xuan naik rimas dengan sentuhan mesra itu. Dia bertindak menolak tubuh Joshua yang tanpa baju itu. Tidak mahu mengingati apa yang berlaku beberapa jam sebelum itu.

"Tak nak cakap sudahlah. I'm going to call her."Yu Xuan mencapai telefon pintarnya di meja lain.

 Namun tindakan pantas Joshua yang mengulingkan tubuhnya ke sudut lain membuatkan Yu Xuan tergamam. Joshua tersengih nakal. Jemarinya menyentuh paha Yu Xuan yang terdedah. Pada ketika itu dia hanya mengenakan boxer dan baju pajama.

"No."tegas Yu Xuan. DIa tahu apa yang dimahukan lelaki itu. Tetapi dia tidak sanggup untuk melayannya. Kepalanya digeleng dua tiga kali. Joshua tayang muka untuk memujuknya.

"Why?"

"Esok aku kerja."

"Please..." pujuknya lagi. Jemarinya merayap lagi masuk ke bawah perutnya.

"I said, No." kali ini Yu Xuan mengangkat telunjuknya. Wajahnya ditegaskan. 

Joshua mencebik. Dia menarik tangannya. Dia kembali menyandarkan tubuh dikepala katil. Mahu tarik rajuknya.

"Joshua."panggil Yu Xuan.

"I know. I know."Joshua menyahut sambil mengangkat tangannya.

 Yu Xuan mengeluh kecil. Dia turut menyandar dikepala katil. Telefon pintar dicapai. Cuba mendail nombor Adelia tetapi taliannya tidak diangkat. Beberapa kali disambungkan ke Peti Mel Suara. Yu Xuan mulai gusar. Dia mengangkat muka memandang Joshua. 

Joshua turut memberikan ekspresi wajah yang sama. Dia juga mendail nombor yang sama tapi tidak berjawab. Mereka berdua berpandangan lalu mengeluh.

"Tak dapat lah."omel Yu Xuan. Dia menekan-nekan skrin telefon dengan kasar.

"Hmmp, dia dah tidur agaknya."balas Joshua. Dia mencapai telefon Yu Xuan. Cuba memberhentikan buah hatinya, supaya tidak berkasar dengan gadjet yang tidak bersalah itu.

"Dia call sebab apa?"tanya Yu Xuan memeluk tubuh. Joshua mengeluh berjeda mahu menceritakannya atau tidak. Kedua-dua telefon tadi diletak dimeja sisi.

"Jo?"

"Dia mimpi buruk lagi."

"Maksud kau?"

"Sebelum ni mimpi dia banyak berkisar tentang masa lalu. Sejak akhir-akhir ni dia mimpi. Dia mimpi."

"Dia mimpi siapa?"tanya Yu Xuan yang sudah tidak sabar mengetahuinya.

"Dia mimpi Jim."

"Hah?"Yu Xuan berpaling memandang Joshua.

"Ya. Jim. That guy yang shot Satoru right on his head."

"Bukan sewaktu kat Jepun dia kena sabitkan kesalahan ke?"tanya Yu Xuan.

"Yeah, But I don't know. He's somehow getting away with it."jawab Joshua.

"So, what should we do? I think Jim will hunt her forever."

"Yep. Unless he dies."balas Joshua tanpa perasaan. Yu Xuan mengangkat muka memandang Joshua yang nampak tenang.

"You going to kill him?"soal Yu Xuan. Dadanya berdebar bertanyakan soalan itu. Tidak mahu Joshua mengambil risiko itu. Tidak mahu berlaku apa-apa  terhadap lelaki itu. Kasih sayangnya baru sahaja tumpah buat lelaki itu.

"He must die. I can't forgive him. For what he does to Satoru and Alia. No. Never."tekad Joshua.

 Bibir yang kering diketap perlahan. Yu Xuan mencapai jemari Joshua. "Can't we just jail him?"cadang Yu Xuan.

"No. Orang macam dia tak boleh diikat masuk dalam penjara."balas Joshua.

"But I don't want my boyfriend to be a criminal. I don't want to lose you."luah Yu Xuan.

Tanpa sedar dimeluahkan isihatinya yang selama ini terpendam. Joshua yang perasan dengan kata-kata itu tersenyum kecil. Cepat sahaja tangannya menarik Yu Xuan ke dalam pelukan. 

"You love me?"tanya Joshua dengan perasaan bunga-bungaan yang mulai kembang didalam hati.

Yu Xuan tersipu malu. Dia menyembunyikan wajah dibalik dada itu.

"You love me? Huh? baobei?"

"I don't know."balas Yu Xuan.

Joshua mencuit dagu Yu Xuan. Didongakkan wajah itu supaya memandangnya. Ciumannya hinggap didahi.

"You love me?"

"I don't know."balas Yu Xuan mengalihkan pandangan. Malu barangkali. Pipinya dicium lagi.

"You love me?"

"I don't know."kali ini nadanya bergetar. Anakmatanya bertembung dengan anak mata milik Joshua.

"You love me?"tanya Joshua lagi. Kali ini Yu Xuan tidak menjawab. Tapi dia memberanikan dirinya untuk mengucup bibir merah itu. 

Joshua terkejut dengan serangan secara tiba-tiba itu. Joshua membalasnya. Namun belum sempat tangannya menjalar ke tempat lain Yu Xuan sudah meleraikanya.

Yu Xuan mengundurkan tubuh. Dia kembali  ke tempat asalnya tadi. Meninggalkan Joshua yang kelihatan terpinga-pinga disitu.

"Yu..."panggil Joshua.

"No. Tidur!"balasnya. Dia faham apa yang dimahukan oleh Joshua. Tetapi dia malas mahu melayankannya. Kalau dilayan sampai esoklah dia tidak akan tidur.

Hatinya sangat tidak tenang dengan apa yang dibincangkan sebentar tadi. Risau akan Alia. Risau akan Joshua. Risau akan Laura. Risau akan dirinya.

Persoalannya mati apabila pinggangnya dirangkul oleh seseorang. Yu Xuan ingin berpaling. Tapi Joshua mengeraskan tubuh.

"Tidurlah."bisiknya. Yu Xuan akur. Dia mesti berjumpa dengan Alia esok.

............................................................................................................................................

Maaf kalau tak suka chapter ni. I don't know. Tetiba je ingat nak sambung macam ni. BTW, Thanks a lot. Chupchup.😘

Doctor, Can I Hit On You?Where stories live. Discover now