Adelia duduk menghadap keluar tingkap kereta mewah itu. Disampingnya ada Ren. Yu Xuan pula berada disebelah Joshua yang sedang tekun memandu kereta. Kereta itu dipandu laju menuju ke lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Petang itu mereka berempat akan terbang ke satu destinasi. Ke negara yang banyak memberikan pengalaman pahit dalam hidup Adelia.
Fikiran Adelia menerawang kepada peristiwa dihospital tadi. Setelah diketahui umum Kazama Ren berada di hospital itu. Semuanya bagaikan kecoh dengan sekelip mata. Social media penuh dengan gambar mereka berempat. Dia seakan kehilangan privasi. Namanya semakin hangat diperkatakan.
Telefon pintar yang baru di tukar mod senyap di jeling sahaja di tangan. Pelbagai mesej whatsapp masuk, personal mahupun dari group. Adelia hanya mampu mengeluh menggelengkan kepala.
"Did I make it worse? Ko mei yo aniki."Ucap Ren yang baru mendapat peluang bersuara meminta maaf. Adelia menoleh sekilas ke arah Ren. Dia menggelengkan kepala.
"Forget it. Diorang memang tak suka kat aku pun sebelum ni. Kau tak payahlah scroll benda yang tak berfaedah."nasihat Adelia apabila melihat mata Ren masih terkunci ke arah skrin telefon pintar. Dia membaca ruangan komen. Adelia mengeluh. Kepala yang disandar pada tempat duduk diangkat memandang Ren.
"Ignore it. Nothing good came from it. Ren."tegas Adelia. Ren perlahan-lahan meletakkan kembali telefon pintarnya ke dalam poket.
"If I didn't insist to come. You probably will not in this kind of situation."Omel Ren. Masih rasa bersalah kerana kehadirannya banyak menyusahkan Adelia.
"Ren, Kalau benda nak jadi. Dia akan jadi jugak. Biarpun kita cuba elak. Tak payahlah fikir pasal tu."
Ren mengetap bibir. Cuba menahan rasa marah dan kecewa. Pangkal pelipis diurut. Mereka diam lagi.
"Oh Yeah. Tadi aku tak nampak Lulu. Mana dia?"tanya Adelia.
"Dia balik rumah nenek."Jawab Yu Xuan. Adelia menganggukkan kepala.
"She wanted to come. But I told her not to. Because you never know If something like the last time... You know. Would happen.. again."Suara Yu Xuan semakin kecil apabila mengungkapkan ayat terakhir itu. Dia cuba mencuri pandang ke arah Adelia melalui cermin pandang belakang. Namun Adelia masih diam. Tidak berniat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal itu.
"Lia?"panggil Yu Xuan apabila tidak mendapat sebarang reaksi.
"Huh?"
"Kau tengah fikir apa?"
"No..nothing."balas Adelia. Dia membuang pandang lagi ke luar tingkap. Sebenarnya dia tidak menghiraukan sangat isu mengenai kehadiran Ren itu. Apa yang mengganggunya pada ketika itu ialah kata-kata yang diucapkan oleh seorang Staff nurse pagi tadi. Sebaik sahaja dia mahu keluar dari locker. Mindanya menerawang ke peristiwa pagi tadi.
..............................................................................................................
"Nina"Panggil seseorang dari belakang. Adelia yang baru berjalan keluar dari bilik rehat itu mematikan langkah. Seakan seseorang sedang menekan satu suis yang membuka pintu ke alam memorinya.
Adelia berpaling. Fidelina berdiri dihadapannya dengan ekspresi wajah yang amat sukar ditafsirkan.
"What did you call me?"tanya Adelia meminta kepastian. Dia tahu wanita dihadapannya itu sedang memanggilnya. Kerana dibilik itu cuma ada mereka berdua.
"Nina."jawab Fidelina. Adelia mengerutkan dahi. Dia hairan mengapa wanita itu memanggilnya dengan nama itu yang membawa maksud young girl/baby girl dalam bahasa spanish.
YOU ARE READING
Doctor, Can I Hit On You?
Ficción GeneralHe is A+ doctor who has everything he wish for. Name, money but the only problem that he's facing is the problematic hospital that he will inheritance from his grandpa. And she an underrated doctor who went rouge. And will do anything she like AS l...