Alatamis memberhentikan kereta betul-betul dihadapan rumah kedai milik Adelia. Rasa sayu dan sedih mengingatkan yang dia harus meninggalkan rumah itu lagi.
Alatamis mengambil langkah berjaga-jaga. Matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling. Dia khuatir ada mata-mata yang mencurigakan.
Adelia menapak masuk ke dalam rumah. Serta merta Adelia berasa rindu dengan suasana itu. My home sweet home. Bisik hati nya. Kakinya dilarikan ke arah tangga. Menaiki cepat anak tangga itu menuju ke biliknya.
Pintu bilik di buka. Katil bersaiz queen itu dipandang lama. Kalau di ingatkan ada berapa kali sahaja dia tidur diatas katil itu. Dia lebih banyak tidur rumah Yu Xuan dan juga Joshua. Kadang apabila terlalu sibuk. Dia akan tidur di hospital. Masanya agak terhad berada di rumah. Sungguh pun begitu dia tetap sayang mahu meninggalkan rumahnya. Itu adalah rumah pertama miliknya.
Adelia mengeluh. Dia menggelengkan kepala, cuba untuk tidak mengingati perkara-perkara yang akan membuatkan dirinya bersedih. Beg duffel dicapai lalu zipnya ditarik.
Adelia berjalan menuju ke arah almari pakaian. Pintunya di buka lalu mengambil beberapa helai blaus dan tunic yang berlainan warna. Penyangkut baju dibuka lalu baju tadi di sumbat masuk ke dalam beg. Beberapa helai seluar slack dan leggings turut di capai. Laci ditarik lalu pakaian dalam di ambil.
Serentak dengan itu dia terdengar bunyi tapak kaki masuk ke dalam bilik itu. Adelia jadi paranoia. Segera dia berpaling, membuka langkah untuk mempertahankan diri.
"It's me."keluh Alatamis. Dia kecewa melihat Adelia dalam keadaan begitu.
Adelia mengurut dada kelegaan. " Please don't do that again."
"I'm sorry. You done?"tanya Alatamis. Matanya jatuh pada beg duffel diatas katil. Adelia mengangguk lalu menzipkan beg itu dengan pantas.
Alatamis mencapai beg itu dari tangan Adelia. Sebelah tangannya secara automatik merangkul pinggang Adelia supaya rapat kepadanya.
"Let's go."
Mereka berdua berjalan keluar dari bilik itu bergandingan. Namun, apabila mahu menuruni anak tangga. Kedengaran bunyi bising dari hadapan rumah kedai itu. Seperti bunyi tong sampah jatuh dari hadapan rumah.
Langkahan kaki Alatamis terhenti. Dia berpaling cuba memeriksa reaksi wajah Adelia. Anak mata mereka berdua bertembung. Pucat. Alatamis cuba mengawal kekalutannya. Dadanya berdegup kencang. Adrenalinnya bagai dipacu. Cepat-cepat pegangan dipinggang dilepaskan.
Hujung seluarnya ditarik ke atas. Ada coonan compact .357 magnum terselit elok dikaki kanan Alatamis. Mata Adelia hampir terjegil.
"Why do you have that?"tanya Adelia dengan penuh rasa curiga. Dia betul-betul terkejut melihat Alatamis memiliki senjata api itu.
"I have life before you know me. Just leave it like that."balas Alatamis. Dia membuka beg sikut yang dibawanya lalu mengeluarkan sesuatu.
"Put that thing on."arah Alatamis seraya menghulur baju kalis peluru yang berwarna hitam.
"Why do you have this?"tanya Adelia lagi seraya membelek baju itu. Alatamis mengancing gigi, menahan sabar.
"Just do it. Now."tegas Alatamis. Adelia merungut lagi. Tapi dia akur dengan ketegasan Alatamis. Itu bukan pertama kali dia memakainya. Sekejap saja baju itu sudah tersarung ke tubuh.
"Put this hoodie too." Arah Alatamis lagi. Dia menghulur hoodie berwarna kelabu itu kepada Adelia.
"No, it's too hot."Bantah Adelia seraya menggeleng kepalanya. Alatamis memberikan pandangan tajam ke arah Adelia.
YOU ARE READING
Doctor, Can I Hit On You?
Fiksi UmumHe is A+ doctor who has everything he wish for. Name, money but the only problem that he's facing is the problematic hospital that he will inheritance from his grandpa. And she an underrated doctor who went rouge. And will do anything she like AS l...