Adelia duduk bersarapan dengan rasa kekok menghadap Yu Xuan dan Joshua. Laura si pembuka rahsia itu hanya duduk santai di sisi. Setelah mengetahui hal yang sebenarnya semalam, Yu Xuan hanya diam membisu. Joshua pula tidak banyak bersuara. Barangkali masih tidak dapat menerima keputusan Adelia yang ingin kembali ke kerjaya lamanya itu.
Adelia tidak betah duduk dalam suasana begitu. Dia melihat Yu Xuan dan Joshua bersilih ganti. Dia mengeluh. Roti bakar dipinggan di tenung pula. Joshua sempat melirik ke arah Adelia. Dia melihat wajah manis itu termenung muram. Sekejapan dia melirik pula ke arah Yu Xuan yang hanya menusuk-nusuk sosej di pinggan.
"Stop murdering your food Yu Xuan. And Lia, stop staring at it. You should eat it. " tegur Joshua. Lagaknya seperti seorang abang sulung dalam keluarga kecil itu. Kedua-dua nya menoleh apabila nama mereka disebut.
Adelia mengangkat muka memandang Yu Xuan yang jelas kecewa dengan keputusanya.
"You mad at me. Don't you? " Adelia lambat-lambat bersuara. Sekejap dia memandang ke arah Yu Xuan yang masih diam membisu.
"Jo, the money I've got yesterday. Did you paid the debt? "Tanya Adelia cuba mengalihkan suasana. Joshua menganggukkan kepala.
"Still got some of it. Do you want me to keep it or what?" tanya Joshua. Adelia memandang Joshua dan Yu Xuan silih berganti.
"Mmm... Do what you want. I just... I don't know. " Adelia kembali mengangkat garpu di tangan. Mini tomato disuap ke mulut. Keadaan kembali sunyi.
"Don't you want a new house?" Tiba-tiba Yu Xuan bersuara memecah suasana.
Semua mata tertumpu kepada Adelia. Dia menggelengkan kepala.
"Aku tak nak tinggal seorang. Kenapa?kau tak suka aku tumpang... ""Shut it! " potong Yu Xuan. Tegas sahaja suaranya. Adelia mengeluh. "Aku tak cakap apa pun." sambungnya.
"Ada eloknya kalau kau ada rumah sendiri. At least, you have personal space. And to be honest, aku sebolehnya tak nak kau tidur di tempat yang tak sepatutnya. You have job now." Joshua bersuara menyatakan pendapatnya.
"Yu, kau.... " Adelia menggantungkan ayat seraya menilik reaksi Yu Xuan ketika itu. Yu Xuan mengeluh seraya menggelengkan kepala.
"Taaaakk. Aku tak marah kat kau. Aku tak cakap apa pun kan? Aku kecewa. Itu saja. Tapi kalau kau dah buat keputusan macam ni. Baguslah. Aku harap kau buat yang terbaik. Aku bukan apa. Aku tak nak perkara yang sama berlaku. Kita risau sebab kita sayang. Kau faham tak Cik Adelia Dian Billah 'izzah? "
Adelia tergelak mendengar penjelasan itu. Jarang sekali Yu Xuan menyebut nama penuhnya itu.
"So, jadilah akak nak beli rumah baru? " tanya Laura. Yang kini baru berani bersuara. Adelia mencebik.
"Hoo... Baru nak bersuara. Semua ni sebab kau tak tutup rahsia."
"Alah dah cakap kan. Lulu akan ckp dengan gege pasal hal ni."
"Eleh yelah engkau. Bukan nak membodek?"
"Mana ada."
"Habis tu kad aku mana? "
Laura mengetap bibir geram. Cuba melarikan pandangan mata. Mata Yu Xuan mencerlung ke arah adiknya.
"Mei Mei, kau ambil kad dari Alia lagi ke?" keras suaranya bertanya. Laura memuncungkan mulut. Perlahan-lahan dia menarik dompet lalu mengeluarkan kad berwarna hitam itu. Dia meletakkannya di atas meja.
Yu Xuan berang. "Mei mei, I did told you kan. Jangan guna kalau aku tak bagi. This is not for you. Duit yang ada dalam ni, duit Alia. Bukan duit aku."
"Yu, calm down. " tegur Joshua. Yu Xuan mengeluh kecil.
YOU ARE READING
Doctor, Can I Hit On You?
General FictionHe is A+ doctor who has everything he wish for. Name, money but the only problem that he's facing is the problematic hospital that he will inheritance from his grandpa. And she an underrated doctor who went rouge. And will do anything she like AS l...