Dinner II

28 5 0
                                    


Beberapa minit berlalu mereka hanya menjamu makanan yang terhidang. Tan Sri Megat sesekali melirik ke arah Adelia yang masih kekok berada diantara mereka itu.

Dilihatnya Adelia kurang menjamah yang ada dipinggan. Kelihatan anak muda itu terpaksa menelan hidangan western yang terhidang. Dia berdehem.

Terangkat kedua belah bahu Adelia apabila mendengar suara garau itu berdehem. Agaknya dia takut dengan aku ke? Soal Tan Sri Megat.

"Dah kenyang ke?"Tan Sri Megat bersuara memecah suasana itu. Dia memandang tepat ke arah Adelia.

Adelia mengangkat muka. "Hah? Er... "

Nak kenyang apanya makan beef ni dari tadi. Serius aku boleh je makan makanan barat ni. Tapi, ada tapinya. Untuk hari itu dia sangat menolak. Kerana sejak pagi tadi dia tidak menjamah sebutir nasi pun ke dalam perut. Sebolehnya dalam sehari dia akan makan nasi. Kalau tidak perutnya akan memulas datang 'Mr Gas'.

"Tak sedap ke?"tanya Datuk Armand pula.

Adelia kembali gelabah apabila semua mata tertumpu ke arahnya. Isteri kepada Aman Ra yang duduk dihadapannya sempat memandang tajam ke arahnya.

"Er... Ssedap. Sedap."jawab Adelia sambil tersenyum.

"Dah tu, sikitnya makan. Tak payah diet lah Adelia. Kamu ni dah kurus sangat." Tegur Puan Sri Azizah. Dia sangat risau melihat keadaan tubuh kecil Adelia itu. Anak matanya jatuh ke atas pinggan Adelia yang masih tidak berusik. Hanya ada sedikit potongan ditepi daging sirloin itu.

"Erm, bukan macam tu Nek. Lia tak diet. Cuma rasa tak selesa. Semua makanan ni sedap. Tapi banyak sangat jenis. Tak tahu nak makan yang mana satu." Balas Adelia dengan sopan. Bawah bibir diketap. Mulut ni dah tak boleh masuk daging nek. Ada juga muntah hijau kat atas meja ni karang.

Alatamis sesekali menjeling ke arah Adelia yang berada disisinya. Dalam diam dia  tersengih. Pandai pula engkau bertutur dalam melayu bila dengan nenek. Dengan aku. Haram. Aku engkau. Tak pun you and I. Macam sengaja dia kan dengan aku. Gaya lebih. Elok pula perangai dia malam ni.

"Ooh, Khatijah ada beritahu nenek. Kamu ni dari luar negara sebab tu nenek minta tukang masak kat rumah ni masak, masakan western macam ni. Tak tahulah pula kamu tak selesa."ada nada kecewa di situ.

Adelia sudah gelisah dalam duduknya. Dia memandang ke arah Puan Sri Azizah. 

"Erm, Lia minta maaf nek. Buat susah je.  Tekak Lia. Tekak melayu."jelas Adelia.

"Laa... Yeke. Kenapa tak cakap awal-awal. Khatijah pun satu. Tak tanya."

"Eh, kita pula. Salahkan cucu mak tu. Tiba-tiba datang bawak hari ni. Maunya tak terkejut si Lia ni. Tak tahu menahu datang siap dengan jubah dan stethoscope lagi."

"Aik, Is pula yang kena. Atuk lah. Dia yang nak jumpa." Tiba-tiba Alatamis mula mengusik dengan menyalahkan Tan Sri Megat dalam situasi itu. Sengaja untuk menduga reaksi Tan Sri Megat.

"Amboi. Main petik nama nampak. Tak takut atuk marah ke?"usik Datuk Armand.

"Papa...!"

"Sudahlah. Makan cepat. Tak elok bertengkar depan rezeki."Tan Sri Megat akhirnya bersuara setelah lama mendiamkan diri.

Adelia yang tadi gelabah kembali mengukir senyuman nipis. Itu pertama kali dia merasakan bahagia nya ada keluarga  seperti itu disisi. Seumur hidupnya dia tidak pernah makan dalam suasana itu. Dia sentiasa bersendirian. Kadang dia sendiri lupa untuk makan.

Alamak airmata ni. Masa-masa macam nilah pula kau nak buat kerja lebih masa. Janganlah nangis Lia oi. Please hold it together. Kau jangan buat malu kat depan keluarga bakal mertua kau ni. 

Doctor, Can I Hit On You?Where stories live. Discover now