Adelia melangkah masuk dengan cepat sebaik sahaja pintu gerabak LRT itu terbuka. Keadaan agak sesak, memandangkan ramai yang menggunakan pengangkutan awam itu untuk pergi bekerja. Bukan sahaja menjimatkan wang malah menjimatkan masa untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Adelia memilih untuk berdiri kerana dia tidak berjaya mendapatkan tempat untuk duduk. Namun setelah beberapa stesen dia akhirnya memperoleh tempat untuk duduk. Dia duduk secara menyandar. Kepalanya ligat memikirkan perkara yang diutarakan semasa bersarapan pagi tadi.
Ada betulnya kata-kata Laura tadi. Dia tidak pernah mengetahui soal percintaan tempat baiknya itu. Baik Joshua mahupun Yu Xuan. Semenjak dia pulang ke Malaysia. Semua hal hanya berkisarkan hidupnya. Tidak pernah sekali pun terlintas mahu mengetahui hal teman-teman nya itu.
Aku ni jahat sangat ke jadi kawan dia? Selama ni sorang pendam rasa ke sebab selalu sangat tolong aku. Jadi diorang takde masa untuk family dan personal mereka? Adelia di serang rasa bersalah. Tapi sekarang dia cuba untuk memulihkan keadaan. Dia perlu bekerja dengan gigih dan tekun sekarang. Dia berazam untuk tidak menyusahkan kedua kawan baiknya itu.
Tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Ren! Bisik hati kecilnya. Apa khabar budak tu agaknya. Kali terakhir dia berjumpa sebelum pulang ke Malaysia dahulu. Dia tidak berani mahu bertanyakan soalan Ren kepada Joshua. Dia juga takut Ren masih marah kepadanya kerana Satoru. Adelia melepaskan satu keluhan.
Adelia cuba mengalihkan pandangan ke luar tingkap namun, tiba-tiba LRT itu berhenti secara mengejut dan bunyi hentakkan kuat kedengaran. Dia terdorong ke hadapan. Cepat-cepat dia berpaut pada tiang yang hampir dengannya itu.
Kepalanya berdenyut cuba di geleng kan. Dia memeriksa keadaan sekeliling. Dilihatnya penumpang lain ada yang terpelanting ke hadapan. Ada yang cedera di hidung. Elektrik yang tidak menentu membuatkan penumpang didalam gerabak itu panik.
Adelia berusaha untuk berdiri dengan sisa kudratnya yang masih ada. Di minda cuma satu. Memberikan pertolongan cemas sepantas yang mungkin kepada yang memerlukan. Kepala dipegang lagi apabila melangkah. Pening mula menghantuinya. Telinganya berdengung kuat. Rasa sakit di kepala dan dibahu ditahankan.
"Cik, Puan... Okey? " tanya Adelia. Wanita yang agak berumur itu masih terketar-ketar ketakutan. Dia sempat juga menganggukkan kepala. Adelia terus melangkah apabila yakin wanita itu tidak memerlukan khidmatnya.
"Sir, can I see that for a second? " pinta Adelia. Dia terus sahaja memeriksa keadaan kepala lelaki itu yang berdarah.
"Alright. It doesn't look too bad. You gonna be alright. Call out if you need some help" beritahu Adelia yang berupa pengumuman.
"And please. Call 999. Immediately! "
Dua orang pemuda yang baru sahaja berdiri segera mengeluarkan telefon. Mereka berdua melaksanakan apa yang patut. Kedengaran lagi ejen 999 itu bertanyakan tempat kejadian.
Adelia lega apabila sudah dilaporkan mengenai kejadian itu. Dia segera memeriksa penumpang lain. Dia berpaling melihat wanita yang mengalami pendarahan di mulut.
"Looks like you lose some of your teeth. It's gonna be alright." ucap Adelia. Dia menoleh ke arah teman wanita itu.
"Alright you're okay.".
Adelia berjalan lagi ke hadapan gerabak sehinggalah dia terpandangkan sesuatu diluar tingkap. Mulutnya ditutup seraya mengucapkan beberapa ayat. Dadanya terasa sesak secara tiba-tiba. Gerabak itu terhenti kerana perlanggaran diantara dua buah gerabak yang berlainan. Kelihatan orang ramai cuba keluar dari train itu.
YOU ARE READING
Doctor, Can I Hit On You?
Fiction généraleHe is A+ doctor who has everything he wish for. Name, money but the only problem that he's facing is the problematic hospital that he will inheritance from his grandpa. And she an underrated doctor who went rouge. And will do anything she like AS l...