Mirror

23 4 0
                                    

"Jangan ada sesiapa pun yang bergerak. Kalau tak. Aku cekik leher dia!"ugut salah seorang pesakit lelaki yang menerima rawatan diwad itu. 

Ying, dan Julian mengangkat tangan tanda menyerah. Adelia berusaha untuk kekal tenang dalam situasi itu. Bahunya yang ditarik terasa terseliuh dan lehernya dicengkam kuat oleh pesakit itu. Tangan kirinya pula dikunci.

Julian melangkah kehadapan perlahan. Tetapi lelaki itu dapat mengesan pergerakan itu.

"Aku kata jangan bergerak. Kau tak faham ke?!"jeritnya. Beberapa orang pesakit yang sedang menjamu makan berlarian. Lelaki itu mencapai chopstik dimeja yang bersebelah. Chopstik besi itu diacukan pada leher Adelia. Kali ini kedua tangannya dikunci. Saukan dileher diperkemas.

"Erk.."Adelia mengaduh kesakitan. Ying sudah panik dia berlari mendapatkan Alatamis.

"Aku kata jangan lari!!!!"jerkahnya lagi bagai lelaki yang kurang siuman. 

"Encik Farhan. Bawa bertenang. Jangan bertindak melulu. Perkara ni kita boleh bawa berbincang." Julian cuba untuk membuat perundingan. Namun, Farhan tersenyum sinis. Dia menarik Adelia supaya lebih dekat dengannya.

Argh! Julian. Just shut up. Sakit kau tau tak! Panggil guard lah woi! marah Adelia dalam hati. 

"Kau nak bincang apa? Sebelum ni takde pun cakap nak bincang-bincang. Jumpa patient macam aku ni korang buat tak tahu je.  Datang sesi 10 minit cakap pasal dah makan belum. Cukup tidur ke tak. Are you fucking kidding me?!" Balas Farhan dengan nada suara yang keras dan tinggi.

"Encik Farhan kita ada prosedur. Tolong lepaskan cik Adelia. Then kita boleh bincang apa yang Encik..."

"Bincang lagi?"potong Farhan. Sinis sahaja suaranya kedengaran. "Kau nak bincang aku ni sakit atau tak? Aku dah cakap. Aku tak sakit. Siapa kata aku sakit? Mana doktor Ben? Mana dia? Cakap kat dia apa yang dia boleh bantu kat aku. Dia pandai buat kerja ke tak?"Komen Farhan lagi. 

Julian beralih pandangan ke arah salah seorang jururawat lelaki yang bertugas disitu. Dia memberi isyarat untuk menghubungi doktor yang dimaksudkan. Jururawat itu akur.

"Mana dia? Dia ingat dia hebat sangat?! Pandai-pandai cakap aku sakit? Dia yang gila bukan aku!" Farhan bersuara dengan nada yang terjerit.

Adelia hampir tuli apabila jeritan itu betul-betul dekat dengan gegendang telinganya. Farhan  menarik Adelia supaya rapat ke penjuru dinding apabila ternampak seorang doktor lelaki datang kesitu. 

Alatamis yang masih bersut itu tercungap-cungap sampai ke sana. Nampak sangat dia berlari untuk cepat sampai ke wad itu.

Alatamis cemas melihat keadaan itu. Dia mahu menghampiri beberapa langkah. Tetapi Farhan mengawasi pergerakkannya.

"Aku kata jangan dekat!"marah Farhan. Dia mencerlung ke arah Alatamis. Alatamis berhenti melangkah.

Adelia semakin sukar untuk kekal tenang. Genggaman yang kuat menyukarkannya untuk bernafas dengan betul. Sesak terasa dadanya. Dia cuba untuk bertenang. Terulang tayang insiden ketika dia berada di kem tahanan dulu. Dia tidak mahu bersetuju untuk merawat pesakit dengan cara yang agak brutal. Beberapa kali dia tampar dan dan dihambat dengan cota. Hampir sahaja dia meninggal kerana tidak mahu akur dengan arahan itu.

Hari ini, peristiwa itu hampir berulang. Dejavu? Adelia terpandang wajah yang penuh kerisauan dari Alatamis. Perlahan-lahan peritiwa hitam itu hilang dari mindanya. Dia cuba untuk mencari jalan keluar dari genggaman pesakit itu. Tidak lama Dr. Ben juga sampai disitu. Dia terkejut melihat Farhan dalam keadaan itu.

"Farhan? Kau buat apa?"

"Oh, Hello Dr Ben. Baru ada masa nak jumpa aku?"sinis sahaja kedengaran suara itu.

Doctor, Can I Hit On You?Where stories live. Discover now