Cohabiting

23 4 0
                                    

Alatamis menarik lengan itu masuk ke dalam bilik pejabatnya. Adelia yang kebingungan kerana ditarik begitu sahaja mula memprotes. Dia ingin lepas dari genggaman itu. Tapi, Alatamis terlebih dahulu menolaknya masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci dari dalam. 

Adelia merengus memeluk tubuh. Mulutnya muncung sedepa. Alatamis hanya tersengih lalu berjalan menghampiri Adelia dengan perlahan.

"Aku tengah rehat ni. Kau nak apa?"rungut Adelia.

"Amboi, marah nampak. Kita nak ajak lunch sama. Tak kan tak boleh."

"Bukan tak boleh. Cakaplah elok-elok. Tak payah tarik."

Kali ini Alatamis pula yang memeluk tubuh.

"Sekarang cuba cakap siapa yang mengelak dari aku sejak pagi tadi?"soal Alatamis. Adelia mengetap bibir malu.

"Mana ada orang mengelak. Orang sibuk jerlah."

"Sibuk ke buat-buat sibuk."

"Hisy, Is..."meleret sahaja nada suaranya merengek dek usik oleh Alatamis.

"Cakaplah kalau kau malu jumpa aku."usik Alatamis lagi. Adelia tunduk jemarinya menjalar ke lengan Alatamis lalu mengetip perlahan bicep itu.

"Aw, sakitlah sayang."

Berbulu telinga Adelia mendengar panggilan nama itu semakin galak Adelia mencubitnya.

"Janganlah panggil macam tu. Malu lah."

"Eh, nak malu apanya. Kita dua orang je yang ada dalam bilik ni."balas Alatamis.

Adelia menjelingnya. "Geli lah dengar kau panggil sayang. Berbulu telinga aku."

Alatamis tergelak sama."Then what you want me to call you? Hah?"

"Lia is fine."

"But last time you said. I'm anti romantic. Then I'll show you. I can be as cheesy as you want."

"No. Please don't."Adelia mengelengkan kepala meminta Alatamis untuk berhenti. Tapi Alatamis tarik sengih nakalnya.

"Sayang."

"Stop."

"Teerak"usiknya lagi.

"Is!!"marah Adelia namun masih mengetap bibir. Menahan diri untuk tidak tersenyum dengan usikan itu.

"Ter..."kali ini dia memendekkan panggilan 'teerak' itu kepada 'ter'

"Shut you sweet mouth"balas Adelia. Alatamis masih dengan senyumannya.

"Okay. I'll stop now. Duduk."arah Alatamis. Dia menunjuk ke arah sofa yang ada dibilik itu.

Adelia mengerling ke arah sama. Ada dua bekas Tupperware yang bertingkat ada diatas meja. Adelia berjalan menuju ke arab sofa lalu melabuhkan punggungnya.

Aku dah makan sebenarnya. Dah melantak ayam masak merah mak cik kantin masak sedap. Adelia menangis dalam hati. Tapi oleh kerana Alatamis nampak gembira untuk mengajaknya makan bersama dia hanya menurut.

"Sempat kau buat bekal?"

"Nope. Your mother in law send it to me. "

"What?"Adelia mengerutkan dahi.

"She kinda knew that I cook for you the last time. My mom make fun of me for a week. She wants to meet you. But, The broke up thing happened."

"Oh sorry."Adelia rasa bersalah. Dia tidak pernah mengambil perhatian mengenai hal lelaki itu. Semua hal berlaku mengenai dirinya sahaja.

"Well, she said it's okay. Everything happens for reason. Now we finally together. Again. So she send this as make up present for us."

Adelia mengetap bibir manahan rasa malu. Dia menatap anak mata hitam itu tanpa berkelip.

Doctor, Can I Hit On You?Where stories live. Discover now