1) 3.30 ptg, JUMAAT 6hb MAC 2020

293 13 213
                                    

Suasana muram. Bukan sahaja di pejabat ku tetapi di seluruh negara dan apa sahaja termasuk BSKL - Bursa Saham Kuala Lumpur.

Kemuraman kerana disebabkan wabak COVID-19 yang sedang mengganas di seluruh dunia.

Ada khabar angin sejak awal minggu lagi tentang kemungkinan berlakunya MCO - Movement Control Order atau PKP - Perintah Kawalan Pergerakan atau ringkas disebut rakyat marhaen sebagai lockdown.

Tapi pagi tadi semuanya sudah terjawab. Lockdown akan berlaku. Cuma tarikhnya sahaja yang belum pasti. Pihak Bursa (BSKL) telah memaklumkan kepada semua syarikat broker saham mengenai hal ini.

Pagi tadi pihak Pengurusan Sumber Manusia telah memanggil semua staf dan memaklumkan hal berkenaan. Perkara yang utama adalah - BSKL akan tetap beroperasi. Ini bermakna, kerja seperti biasa bagi kami dalam SOP - (Standard Operation Procedure) yang ditetapkan. Kami diberikan satu set dokumen yang menerangkan hal bersangkutan dengan SOP yang diwajibkan. Dokumen khas untuk perjalanan ulang-alik ke pejabat dalam tenpuh lockdown akan dikeluarkan bermula pukul 11 pagi.
.
.
.

Tapi tak semuanya muram di KL ni. Sekurang-kurangnya tidak di bilik pejabat ku. Sebabnya.....

Dia berjalan ke arahku....

Dengan lenggok badannya...

Dengan senyum simpul nya...

Sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan meja ku.

"Leleh seh..." kata hatiku. "Lelehhh...."
.
.

Sudah setengah jam aku melayan staf ku - Rozita berbual. Ala, tak pe. Aku ok je! Hehe

Ialah... Tak de apa yang nak dibuat ketika ini. Sudah dua hari aku melarang sebarang pembelian saham. Semua pelanggan sudah diberitahu. Nasib baik juga; hari ni Index KLCI (Kuala Lumpur Composite Index - Index Composite Kuala Lumpur) jatuh agak teruk hasil daripada khabar angin lockdown.

Sebenarnya lockdown bukan penyumbang tunggal kejatuhan Index KLCI tapi ada faktor lain yang sama besar. Kestabilan politik.

Kerajaan yang menang PRU telah tumbang dan bangkit kerajaan campuran. Ditengah-tengah kemulut wabak COVID-19, pelabur melihatnya sebagai kelemahan negara.

Aku mendengar keluhan Rozita dengan tekak yang haus. Sambil menggeliat sedikit, aku bangun berdiri untuk melarikan diri dari lenguh kerana duduk sambil berkata "Tekak saya haus lah dengar celoteh awak !"

MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now