29) AMOI (Bahagian 1/2)

103 9 107
                                    

Selesai mandi, solat aku baring di settee panjang. Penat sangat rasanya hari ni. Memandu dalam jem memang memenatkan.

Ketika itu jugak la amoi ni call.

"Esok lah!" kata cakap seolah-olah amoi tu ada dihadapan ku.

Esoknya aku pergi ofis seperti biasa.

Takde apa-apa arahan jual beli dari bos, jadi kami bertiga trade untuk akaun kami masing-masing.

Elok juga duduk ofis. Penat semalam pun tak hilang lagi. Lagipun bateri fon aku tak sempat cas semalam.

Aku sebenarnya menunggu bos masuk dan memberi signal mengenai kes Ayam Bhd. Aku tahu dia dan En Fauzi ada meeting kat luar dengan Roslan HRB.

Pukul 3.30 petang baru bos masuk ofis. Dia kelihatan seperti biasa. Cuma dia banyak menulis atau melakarkan sesuatu di atas kertas kosong bersaiz A4. Sesekali dia buat call tapi bercakap ringkas dengan nada perlahan.

Disebabkan bos tak bagitau aku tentang pertemuan itu, jadi aku pun buat diam je la. Pertemuan old players dalam pasaran saham ibarat perjumpaan orang-orang tua. Kita budak muda dok tepi.

Roslan pun takde call atau mesej aku. Jadi aku hilang petunjuk sebab mereka semua bersikap poker face (buat seperti takde pape terjadi).

Hampir pukul 5 petang barulah bos bersuara kepadaku. Tapi bukan melibatkan kerja atau kes Ayam Bhd.

Bos suruh aku hantar anaknya Alicia ke airport. Flight Alicia ke Taipei jam 11 malam. Ini menandakan cuti seminggunya sudah habis.

Bos suruh aku datang rumah ambik Alicia pukul 7.30 - 7.45 malam.

Bos kata dia tak dapat hantar anaknya kerana nak jumpa beberapa orang.

Aku : Ok bos!

Aku berada di luar rumah bos pada 7.40 malam.

Setelah bersalaman dan berpelukan dengan ibunya, Alicia pun menghampiri kereta dengan satu bagasi beroda. Aku menempatkan bagasinya di dalam bonet. Setelah menutup bonet baru aku perasan Kimmy pun ada disampingnya.

Kimmy merenung tajam ke wajahku.

Hhmmm.... Marah la tu kut kerana beberapa call nya aku tak pickup.

Kimmy kemudian kelihatan serba salah samada untuk duduk di seat depan atau belakang.

Si Alicia pula, setelah memberi kucupan terakhir kepada ibunya dengan selamba membuka pintu seat hadapan membuat Kimmy termangu-manggu malu alah.

Kami habiskan masa sebelum boarding call dengan menikmati minuman kopi, makan cookies dan berbual. Hanya Kimmy sahaja yang diam dan sibuk melayan fon nya.

Selepas pengumuman dibuat, kami pun berjalan ke arah pintu masuk utama penumpang. Masa berjalan itulah baru aku lihat kedua beradik itu berbual. Aku tak pasti apa yang mereka cakap kerana mereka berbual dalam mandarin.

Hampir ke pintu masuk, kedua beradik itu berpelukan. Si kakak memberi kucupan pada si adik di kedua-dua belah pipinya.

Aku kemudiannya menyerahkan bagasi beroda kepada si kakak. Seperti perbuatannya pada di adik, si kakak pun memberi aku treatment yang sama.

Tiba-tiba terdapat penambahan dari layanan si kakak berbanding dengan adiknya.

Alicia memberikan aku kucupan pada bibirku. Sekejap dan ringkas. Tanpa aku sangka, kucupan kedua menyusul. Yang ni lama dan bernafsu. Selepas terlerai, Alicia mengucapkan terima kasih atas layanan ku selama masa dia di Kuala Lumpur. Aku cuma senyum dan menganguk.

MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now