Aku beranikan diri berjalan ke meja awek ninja tu.
Dia pula hanya memerhatikan gerak langkahku.
Dengan gaya yang sangat budiman aku melontarkan kata-kata yang pasti mencairkannya.....
"Cik... Saya mohon berjuta maaf sekiranya tindak-tanduk saya tadi mendatangkan rasa tidak selesa pada Cik!"
"Apa pun... Kalau diizinkan... Saya ingin mengenali Cik dengan lebih dekat lagi..."
Senyap seketika sebelum awek ninja tu memberikan jawapan dengan suara matang-manjanya ..... "Kenapa pulak nak mengenali saya?"
"Dengan lebih dekat pulak tu!"
"Saya insan biasa. Takde pape special pun!" katanya.
Aku : Mungkin!
Aku : Tapi secara jujur terlihat macam ada panahan petir masa mata kita bertemu tadi?
Awek ninja : Apa?
Awek ninja : Panahan petir?
Awek ninja : Panahan petir apa pulak ni?
Awek ninja : Panahan yang macamana?
Awek ninja : Istimewa sangat ke panahan petir tu?
Aku : Ya, istimewa sangat.
Awek ninja : Apa yang istimewanya?
Aku diam.
Lambat-lambat aku menjawab....
Aku : Panahan petir Cik .... "Syariah compliance!".
Aku : Ada cop mohor JAKIM.
Awek ninja tu diam.
Merenung mataku seperti dia akan melancarkan lagi banyak panahan petir.
"Lepas ni akan menyusul pedang katana Jepun penggal leher ku agaknya" hatiku berbisik.
Tiba-tiba kepalanya diletakkan di atas meja. Wajahnya tidak kelihatan. Terdengar suara kecil darinya. Bila aku amati, rupanya dia sedang ketawa.
Alahai.
Selang seketika dia mengangkatkan kepalanya. Masih terdengar tawanya yang cuba di kontrol.
Awek ninja : Macam ni lah!
Awek ninja : Thank you very much.
Awek ninja : Actually kan, betul.... You're so budiman.
Awek ninja : Tapi takpe lah. Kita berhenti di sini saja.
Kemudian dia berdiri, mengambil bekas ice cream nya dan berkata "Assalamualaikum" lalu pergi.
Terkulat-kulat aku melihat aksi pemergiannya.
Siot betul awek ninja ni.
Dia reject aku!
Malu seh!
Aku terciduk.....
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...