Tiada suara pertanyaan hadir dari pihak pompuan. Suara desiran pun takde.
Setelah seketika suara mama kepada Ita kedengaran...
"Saya dah deng....."
Dalam masa yang bersamaan, ada suara besar yang menghentikan percakapan mama Ita.
" MACAMANA KAU NAK BERLAKU ADIL PADA ISTERI-ISTERI KAU?" tibe (tiba-tiba) je suara Ayah Ita datang menerjah.
Aku sedikit terperanjat dengan soklan (soalan) nya yang tiba pada waktu seperti ini. Seperti tidak sesuai dengan situasi kerana ini giliran orang pompuan bercakap.
"Pakcik ni sebenarnya kenapa bos?"
"Demam ke?" tanya si gila tu.
Mengabaikan soalan si gila, aku mula membuka mulutku untuk menjawab.....
Aku : Apa yang dorang nak, saya bagilah.
Ayah Ita : Habis tu kalau Ita nak kau sorang, kau bagilah ya.
Aku : A'a....
Ayah Ita : Adil ke pada isteri-isteri kau yang lain.
Aku : Kalau yang lain setuju, kira adil lah.
Ayah Ita : Maksud kau?
Aku : Ita kenalah mintak persetujuan dari yang lain.
Ayah Ita : Mustahil isteri-isteri kau yang lain setuju.
Aku : Sebab?
Ayah Ita : Sebab apa yang Ita mintak tidak adil.
Aku : Kalau macam tu, jangan minta yang tu....
Aku : Mintak yang lain!
Aku : Mintak perkara yang adil.
Ayah Ita terdiam. Dia terkedu agaknya memikirkan logik jawapan ku.
Aku : Sebenarnya uncle, adil dalam situasi ini tidak sahaja bergantung kepada saya ..... Tapi juga bergantung pada isteri-isteri saya.
Aku : Mereka juga kena memikirkan keadilan yang macamana mereka boleh bagi pada saya.
Aku : Untuk itu mereka juga kena pikirkan keadilan sesama mereka jugak.
Ayah Ita diam.
Selepas seketika, suara Ayah Sam kembali menjemput pihak pompuan menyatakan apa-apa soklan pada ku.
"Saya dah dengar apa yang ditanya kepada Taufik.... Dan bagaimana dia menjawabnya" mama Ita menyambung kata-katanya yang terputus tadi.
"Saya terus terang cakap disini, saya suka apa yang Taufik cakap, cara dia bercakap, adab sopannya....."
"Saya yakin Taufik untuk menjadi pembimbing bagi anak saya Ita."
Ketika itu wajah Ita kelihatan malu namun berseri-seri. Dia segera tunduk kebawah menghindari enam pasang mata yang merenungnya.
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...