25) HOSTILE TAKEOVER VS PAKSA GENTLE (Bahagian 2/3)

77 12 52
                                    

Aku tiba di Coffee Bean Subang Parade sekitar 4.30 petang. Aku hanya berkemeja biru laut dengan lengan baju dilipat separas siku. Berseluar slack biru kehitaman. Kasut hitam. Tiada apa yang istimewa pun. Pakaian orang biasa-biasa.

Srikandi ninja tidak kelihatan disitu dan disekitarnya.

"Ha, lambert la tu!"

Panas dan haus, aku tidak terus duduk tapi berjalan ke dalam untuk memesan minumanku.

"Lahaulawala...!"

Aku hampir terlanggar dengan srikandi ninja tu selepas membuka pintu untuk melangkah masuk kedalam.

Dia memegang bekas ice mocha latte.

Berseri.

Cantik.

Cuma bezanya ada sesuatu dibelakangnya kali ni.

Sama seperti dia, memegang bekas ice mocha.

Ntah.

Macam berok je aku tengok.

Aku diperkenalkan dan kami bersalaman.

"Hmmm....! Sesuatu yang tidak aku jangka mungkin berlaku. Adehh...!"

Selesai menerima pesanan di kaunter, aku membawa bekas ice mocha dan di tangan sebelah memegang sepiring cinnamon rolls. Memang sedap gila rasa kat tekak aku bila rasa cinnamon rolls dibalas dengan ice mocha.

Ketika aku memusing menuju ke arah pintu baru, aku perasan ninja dan pasangannya menunggu aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketika aku memusing menuju ke arah pintu baru, aku perasan ninja dan pasangannya menunggu aku. Pasangannya membukakan pintu untuk laluan.

Aku membiarkan mereka memilih meja. Fiqqah duduk dahulu diikuti pasangannya yang  duduk disebelah kirinya.

"Hmm.... Takkan aku nak duduk berhadapan dengan Fiqqah. Susah nak suap dia nanti."

"Ah!.... Peduli apa!"

Aku pun duduk di sebelah kanan Fiqqah.

Kelihatan Fiqqah dan pasangannya seperti tidak selesa dengan pilihan tempat duduk ku.

"Ah! Pedulikan bos. Sape suruh dia bawak jantan ni sama. Dia ingat kita selesa. Sekarang kedudukan perlawanan, satu sama."

Hhmm.... kali ni aku setuju sangat dengan kenyataan gila sementara ku tu.

"Siapa nama you, I tak berapa dengar masa you sebut kat pintu masuk tadi" kata mamat tu.

Aku : Taufik.

Aku : Panggil saja T.

"I... Roslan. You boleh panggil Abang Ros. Sama macam Fiq panggil I" jawabnya.

Aku : Oh! Ok.

Aku : You abang kandung Fiqqah ke?

Abang Ros : Takkk....

MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now