28) FIQQAH

127 9 207
                                    

Aku menghabiskan masa hampir sepanjang perjalanan balik dengan memandu sambil memujuk Fiqqah.

Nasib baik Fiqqah dapat ditenangkan.

Aku berkata kepadanya, aku hadir kemudian. Abang Roslan sudah ada lebih awal.

Waktu singkat pengenalan tu sama seperti senikata lagu favorite Kak Ngah.... "It might have been love, but it's over now...."

"Kita janganlah cuba maju lagi, menongkah arus kerana kemungkinan sudahnya adalah  kehampaan. Terutama pada dirinya.... Yang dikejar tak dapat, yang kendong keciciran."

Bila mindanya sudah berada di atas emosinya, Fiqqah perlahan-lahan menghentikan tangisannya.

Kita stay sebagai kawan k!

Fiqqah : Namo

Ha! mulalah nak mengediks.

"Ala bos, nak memanja sikit pun bos nak komplen. Bagi la dia chance!"

"Kau ni gila, banyaklah dengan kau punya bagi chance. Nanti jadi lain pulak" kataku.

Tapi sudahnya aku akur dengan kata-kata si gila tu.

Aku : Dah tu?

Fiqqah : Nak up lagi?

Aku : Up lagi macamana pulak?

Fiqqah : TTM

Aku : Apa tu?

Aku : Telekom Malaysia?

Fiqqah : Ishhh! Ada pulak!

Fiqqah : Telekom Malaysia tu kan ... TM.

Fiqqah : TTM pun tak tau?

Aku : Tak

"Adeh bos ni? Poyo lah!"

"Amboiiiii.... Macamlah kau pandai sangat" aku sangkal si gila tu.

Fiqqah : TTM tu....

Fiqqah : Teman Tapi Mesra!

Aku diam.

Aku : Ok lah.

Aku : TTM.

Aku : Bolehlah!

Malas aku nak pepanjangkan lagi isu.

Fiqqah bertanya kenapa tak bagitau yang aku kenal ayahnya.

Aku jawab "Nak cakap kenal pun malu sebab bukan macam kenal betul-betul kenal."

"Kenal sebagai klien je."

"Dua kali je berjumpa."

"Itu pun sebab dia nak bagi arahan bertulis apa dia nak beli."

"Dia nak bersemuka pun sebab bos suruh saya manage trading account ayah awak."

"Itu je."

Fiqqah : Ni antara sebab Fiqqah suka T.

Fiqqah : Low profile

Fiqqah : Tak ambik kesempatan.

<Senyap>

Fiqqah : Ambik, ambik. T ada ambik kesempatan atas Fiqqah.

Fiqqah : Tapi takpe. Tu takpe...

Kedengaran gelak kecil dari Fiqqah.

Perbualan telefon dengan Fiqqah selesai ketika aku menghampiri susur keluar ke Subang Jaya.

Masuk saja ke Subang Jaya, Fiqqah call lagi.

Fiqqah : Sowwy! Sowwy! (Sorry! Sorry!)

Fiqqah : Lupa nak tanya!

"Hhmmmm... Bos macam syok je dengar suara Fiqqah masa gediks!"

"Adehhh! Ada kang yang makan penampar aku ni" jawab ku"

"Kah.... Kah.... Kah.... Kah...." gelak si gila tu.

Malas aku nak layan dia.

Aku : Apa dia yang nak ditanyakan?

Fiqqah : T kenal tak perempuan bernama Shakira?

Aku : Tak!

Aku : Kenapa?

Fiqqah : Honestly?

Aku : Ya.

Aku : Saya seumur hidup tak pernah kenal orang nama Shakira. Orang nama Nurshafiqqa adalah!"

Fiqqah gelak.

Fiqqah : Sure tak kenal?

Aku : Yes.

Aku : Kenapa?

Fiqqah : Takde pape.

Aku : Pulak dah.

Fiqqah : Kalau kenal baru Fiqqah cakap.

Fiqqah : Tak kenalkan?

Aku : Tak.

Fiqqah : Ok!

Fiqqah : Goodnight!

Fiqqah : .............

Dia pun mematikan talian.

"Bos!"

"Bosssss .....!"

"Apa?"

"Tadi Fiqqah cakap camni..."

"Muaahhhhhhhhhh!!"

Aku : Ishhh.... Manade.

Aku : Kau ni, suka betullah buat cerita!

Aku : Sebijik macam perangai kawan aku dulu .... Ana Rizati. Lagi sorang.... Raufi!

"Bos ni!"

"Mana ada buat cerita. Ni cerita betul lah bos. Kita dengar jelas Fiqqah cakap dengan bos camni.... Muaahhhhhhhhhh!"

Aku : Dah, sudah. Jangan nak bebel. Aku penat ni.

Aku : Hari tu, pompuan jubah hijau kau cakap dia ta-ta kita. Padahal dia betulkan tudung dia.

Aku : Tak pasal je aku tanggung malu konon ta-ta balik kat dia.

Aku : Mesti dia ingat aku ni gila macam kau!

"Ishhh.... Bos ni!"

MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now