Keadaan aku tenang selepas insiden hari Isnin bertemu Ena yang memberi aku tempuh 21 hari untuk menjaga teruna ku. Aku berazam untuk safeguard nya betul-betul.
Dalam tempuh masa dua hari selepas insiden itu, aku menyambung usaha ku hasil dorongan Peter.
Aku sudah pun bercakap melalui telefon dengan taukeh saham Subang Jaya. Kira macam call interview lah. Dia ingin melihat transaction historical record (rekod transaksi) yang telah aku buat. Maklumat itu sekaligus menunjukkan performance aku.
Aku telah print out rekod transaksi ku dan menghantarnya dengan courier service bersama-sama dengan nota dari Peter dan Mr Chin mengenai apa yang telah aku lakukan semasa bekerja dengan mereka.
Pada petang itu (Rabu), Ena muncul dan mengajak aku minum kat mamak selepas waktu ofis.
Wahhh.... Hari ni dia pakai dress.
Waktu turun minum, rambutnya yang panjang sudah pun disiput kan. Cuma sanggul je tak de.
Mata ku mula jadi gini : 😍
Aku tak pasti samada itu boleh dikategorikan sebagai perangai gatal.
Rasanya tidak.
Ala, menikmati keindahan alamkan. Apa salahnya!
Ena perasan dan gelak kemudian berkata "Korek mata tu baru tau!"
Kami berbual ringan sebelum Ena memegang tanganku dan berkata "Ingat tau janji kita!!"
Dia berdiri, membongkok sedikit dan memberikan satu 💋 pantas di pipi kiriku kemudian pergi. Dia mahu terus pulang ke kampungnya di Yong Peng. Cutinya bermula esok.
Ena ni, kalau nak bagi kiss bukan dia kira tempat. Tak kira samada kat public ke bukan..... Ikut suka dia je. Dia ingat dia kat negeri omputih agaknya.
"Enaaaa....." panggilan ku menghalang niatnya pergi.
"Yes my prince!" membuat aku tersengih.
"Aaaa..... "
"Kenapa kelu hendak berbicara my prince" gelak minah ni.
"Hmmm.... I cakap you jangan marah atau ketawa k?"
Belum apa-apa dia sudah gelak.
"Here we go again" katanya.
"Ha! Cakap la!"
"You ni... Betul ke you suka I?" bukan sahaja aku berani bertanya, bahkan berani juga merenung jauh ke dalam matanya.
Ena diam. Mungkin dia terkejut dengan soalan ku.
Perlahan-lahan Ena mengukir satu senyuman dan mengangguk-angguk kan kepalanya sambil berkata "Yes.... I do. Saya suka sangat kat awak!"
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...