"Eh! Aira ni.... Dah sebut Project Cairkan T, lepastu diam pulak" cebik Maksu.
Aku tersenyum mendengar keluhan Maksu. Nampak sangat dia ni excited (tak sabar) nak tahu cerita selanjutnya. Aku sebenarnya hanya mahu menguji Maksu. Membuat Maksu excited boleh menyelamatkan hal aku daripada ketahuan mummy dan daddy.
"Jadi Aira mulalah rajin-rajin wasap (Whatsapp) T. Tanya hal-hal yang tak bersangkutan dengan kerja "
"Kena sabarlah. T ni bukan jenis lelaki socmed (sosial media). Mesej wasap pun dia bukak lambat. Lepas tu bukannya reti nak reply immediately (balas segera)."
"Tapi lama-lama kami jadi mesra juga."
Maksu : Dah tu, kira jatuh cinta la tu!
"Belummmmmm......" sanggahku.
Maksu : Lambat benaw (benar) nak jatuh cinta!
Maksu : Atau kau yang dah jatuh cinta kat T tapi T belum?
"Ishhhh Maksu ni. Aira bukan murah ya!"
"Tapi Aira heranlah, T ni apahal? Gay ke apa?"
"Ok, maybe it's time (dah tiba masanya) guna taktik lain."
"Jadi Aira pun ubahlah taktik!"
Maksu : Kau buat apa pulak?
"Aira hantar gambar.... Hehehe!"
Maksu : Ha! Gambar? Gambar apa?
"Gambar Aira lah!"
Maksu : Taulah. Takkan gambar tenuk.
Maksu : Gambar yang macamana?
"Ala.... Gambar biasa."
"Gambar cantik-cantik, sopan-sopan!"
Maksu : Dah tu?
"Dah tu, habis situlah."
"Paling-paling T komen dia bagi thumbs up 👍🏼👍🏼👍🏼"
Maksu : Takde perasaan langsung!
"Ok, takpe.... Aira up the ante (maksud : naikkan nilai pertaruhan)! Tengok apa jadi.... Sebenarnya T ni gay ke? Wali ke? Malaikat ke?"
"Jadi ....." aku berhenti seketika....
Maksu : Jadi apa?
"Jadi Aira hantarlah gambar yang explicit (mengoda) sikit."
Mulut Maksu terlopong bila mendengar cakap ku.
"Ha... Barulah ada perubahan."
"Taklah berapa wali, malaikat T ni!"
"Tapi tak cukup."
"Hehehehe....."
Maksu : Dia komen apa?
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...