7) COUNTDOWN 14 HARI

135 12 147
                                    

Hari Isnin menjelma lagi.

Ena masih bercuti. Hujung minggu ni majlis di rumah pihak lelaki pula. Isnin selepas itu barulah dia naik kerja dan hujung minggu tu lah D-Day untuk teruna ku.

"Oooo.... Tidakkk!!!!"

"No! No! No! No!" bentak hatiku.

"Nehi! Nehi!"

"Macamana pun aku akan mempertahankannya"

"Tapi bagaimana ekhh?"

"Entah. Belum ada plan lagi. Ini yang buat aku runsing."

"Idea macam-macam tapi satu pun tak menyakinkan."
.
.
.

Nasib baiklah pasaran pada minggu ni bagus. Jadi aku sibuk execute orders klien disamping cuba buat duit dari market (pasaran). Fokus pada kerja mengelakkan otak aku serabut memikirkan hal Ena.

Sementara itu, urusan dengan taukeh saham Subang Jaya dan AeU cuma tunggu balasan confirmation je.

Bila dapat saja confirmation, aku akan uruskan hal transfer lesen trading ke tempat baru, hantar resignation dan confirm kan rumah sewa.

Sesekali ingatan pada Ena hadir juga namun aku berjaya menepisnya sebelum ia menggugat fokusku pada trading.
.
.
.

Selalunya selepas makan malam aku dan mak berborak kosong. Borak anak beranak.

Pada malam itu, Mak bertanya tentang 10 orang yang jadi klien aku? Macamana dengan pendapatan aku dari jual beli saham di BSKL.

Sebenarnya sebelum ni mak tak pernah pun tanya hal-hal mengenai saham dan kerjaku.

Hmmm.... Mungkin saja nak jadikan topik perbualan malam tu.

Kadangkala aku seram juga bila berbual dengan mak aku ni. Dia seorang wanita dan ibu yang cerdik. Dia tahu macamana nak korek info dari anak-anaknya. Dia tahu macamana nak suruh anak dia ikut cakap dia tanpa banyak bantahan. Lama aku perhatikan perangai mak. Banyak tipu helah dia.

Senang cakap mak adalah wanita jenis Medusa. Suka control situasi.

Aku taklah marah. Mak pun namanya. Apa dia buat mesti untuk kebaikan anaknya.

Aku bagitau emak daripada 10 orang sekarang sudah menjadi 11 orang. Mereka buka account trading dan suruh aku "goreng" (maksud buatkan urusan jual-beli saham ikut kepandaian aku). Mereka semua adalah kawan-kawan sekolah, kecuali Kak Nuri.

Mak bertanya tentang skim pelaburan yang aku tawarkan pada mereka.

Aku bagitahu pada mak bahawa minimum pelaburan adalah lima ribu ringgit. Itu yang utama. Akaun pelaburan akan dibuka di atas nama mereka dan wang itu akan dimasukkan dalam akaun pelaburan mereka sendiri.

1). Wang deposit itu aku jamin tidak susut. Kalau susut, aku ganti

2). Ada 2 skim pulangan pelaburan :

     i). Yang ada jaminan pulangan setiap
          bulan :

Jaminan pulangan adalah separuh dari jumlah deposit mereka, bersamaan dengan jumlah RM2,500 sebulan.

Kalau ada keuntungan lebih dari RM2,500, aku ambil 70%.

     ii). Yang tiada jaminan keuntungan.
           Tapi semua keuntungan aku dapat
           30% sahaja.

3). Semuanya berdasarkan gentleman agreement. Maksudnya janji mulut.

"Kenapa pulak?" mak bertanya.

MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now