63. HIKAYAT SATU-SATUNYA MALAM (1/3)

89 8 7
                                    

Perbualan habis.

Talian pun dimatikan.

Aku mula berbaring dengan perasaan yang bercampur-aduk.

Mia telah menyatakan keputusannya. Dia telah memilih Ilham. Keputusan yang sebesar itu baginya boleh saja diberitahu berdepan.

Atau dengan video call.

Tapi dia memilih untuk hanya dengan panggilan telefon.

Sebenarnya aku tidaklah kecewa mana walaupun ada jugak terasa hati kerana Mia tak memilihku. Mungkin kerana aku lebih bersantai melayan Mia antara kawan dan orang yang aku suka. Tapi rasanya Mia beranggapan sebaliknya.

Namun bergegar jugak lah jantungku, berkutik juga hatiku masa Mia mengatakan tiga minggu lagi dia akan bertunang dengan Ilham.

Dalam masa sebulan dua ni terasa sangat hubungan aku dengan Mia renggang. Ini selepas dua kali dia nampak aku keluar dengan Ida.

"Ala keluar makan kat Wangsa Walk je pun" hatiku bergumam.

Diantara aku dan Mia, Mia menganggap Ida sebagai pihak ketiga.

Tapi diantara aku dengan Ida, kami hanya kawan. Cuma kami berlainan jantina. Ida dah de pakwe. Tapi macam tu lah tanggapan Mia tanpa diketahui Ida.

Bagi Mia ini kali kedua aku buat hal.

Kali pertama pertama menyebabkan dia merajuk besar dan panjang dan ketika inilah dia mula rapat dengan Ilham.

Kali pertama ni disebabkan panggilannya dijawab oleh seorang Datin.

Huhu!

***************************************

Aku memerhatikan seorang wanita yang duduk berjarak dua meja dari ku.

Antara mejanya dan meja ku adalah meja kosong. Signature Restaurant (sekarang Flock Restaurant) di tingkat 8 bangunan hotel kelihatan lengang malam ni. Mungkin sebab weekdays (hari bekerja).

Wanita itu aku lihat seperti sedang menunggu seseorang yang mungkin lambat. Nampak jelas dia jenis yang tidak suka menunggu. Dia merokok beberapa kali untuk menghilangkan kemarahan dan kebosanan menunggu. Hanya cold lime menjadi temannya ketika ini.

"Ya lah, orang kayangan.... Mana suka menunggu orang lain!" gumam hatiku.

"Takpe, nanti sampailah si dia tu!"

"Oh lupa.... Merokok lah sepuasnya sebab lagi dua bulan merokok akan diharamkan dipremis awam" hatiku mengusik.

Sebenarnya yang menarik perhatian ku adalah penampilan wanita itu. Jelas dia dari kasta atasan.

Wajahnya menunjukkan dia seorang yang berumur 40an seperti aku. Terpancar kematangannya. Kecantikannya memang terserlah. Ada aura seksi yang ditayangkan melalui pemakaiannya yang "Hhmmm.... Unik!"

Lelaki muda nakal dengan senang hati akan meletakan nya sebagai seorang wanita yang mempunyai kualiti ........!

Pemerhatianku terhenti dengan kehadiran pasanganku.

"Sorry babe!" hatiku meluahkan rasa simpati kepada penantian wanita berkualiti MILF itu.

"Sorry babe!" hatiku meluahkan rasa simpati kepada penantian wanita berkualiti MILF itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now