Seperti kebiasaan hampir disetiap malam hujung minggu, aku akan menyiapkan juadah untuk sarapan esok. Perkara macam ni adalah satu kelaziman bagi masyarakat yang telah berkeluarga di Australia.
Untuk esok, menunya adalah roti kelapa (coconut bun)yang menjadi kegemaran Melissa dan juga cinnamon. Selain dari T, aku dan kini Melissa juga gila dengan cinnamon.
Sebenarnya tak pernah terlintas di benakku untuk cuba membuat cinnamon sehinggalah bila aku terpaksa berjanji dengan T sebagai syarat dia datang bercuti ke Australia dulu.
T nak aku menghidang cinnamon hasil air tanganku sendiri.
Setiap hari....
Tanpa putus.
Cinnamon pada T sama dengan kuih dorayaki pada Doraemon.
"Hehe!" aku tergelak sorang diri.
Teringat sangat suara T ketika dia mengenakan syarat kepadaku....
"T nak ambik berkat dari air tangan kakak tersayang."
"Bolehkan!"
Lembut dan manja bunyi suaranya.
Cuma yang terasa agak sedih, kali ini tiada kelibat T untuk menikmatinya. Melissa akan duduk di kerusinya dan bukan diatas riba Uncle T nya.
"Entah macamana lah dia kat KL selepas tak menjadi dengan amoi tu" hatiku berbicara sayu.
"Not fair (tak adil) kan buat dia!"
Masa meneka dulu, hanya aku sahaja yang memilih T jadi dengan amoi. Bukan setakat meneka tapi memang aku berharap sangat ia menjadi kenyataan.
Tapi... "Ahhh..."
"Kesian adik aku!"
Ringtone Adele - Rolling In The Deep berbunyi yang menandakan ada panggilan masuk dan memutuskan ingatanku pada T.
Tanganku yang ketika ini melekit dengan adunan roti bun menyebab aku membiarkan sahaja panggilan tersebut. Sebaliknya aku pula yang turut sama menyanyikan lagu tersebut sambil menggerakkan pinggul dan tanganku seolah-olah akulah penyanyi sebenar diatas pentas. Adele aku paksa jadi penyanyi latarku....
🎼🔊
There's a fire starting in my heart
Reaching a fever pitch, it's bringing me out the dark
Finally I can see you crystal clear....
Sepuluh minit kemudian aku pun menjenguk fon ku. Paparan skrinnya memberitahu....
"Yehhh...."
*
*
*Setelah basa-basi mengenal 3K - khabar, keluarga dan kehidupan, tiba-tiba kami terdiam tiga, empat saat sebelum ketawa serentak....
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...