Setelah berbincang dengan bos, aku mengambil keputusan untuk menerima tawaran dari En Fauzi.
En Fauzi berkata bahawa atas halatuju Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang ingin mewujudkan broker yang lebih besar dan mantap, broker-broker kecil disuruh bergabung atau akan diambil alih oleh broker yang lebih besar.
Selepas ini tiada lagi syarikat yang di panggil rumah broker atau rumah sekuriti (broker house/ securities house) tapi digantikan dengan nama investment bank atau bank pelaburan.
Atas inisiatif SC, empat securities house dicadangkan berbincang untuk penggabungan. Securities house tempat aku cari makan adalah yang terkecil antara empat securities houses.
Walaubagaimanapun, securities house tempat aku mempunyai nisbah modal-keuntungan yang paling tinggi.
Perbincangan dan penggabungan dijangka mengambil masa setahun.
En Fauzi sayang untuk kehilangan aku kepada securities house lain. Jadi dia menawarkan aku untuk menjadi Chief Dealer yang kebetulan sedang kekosongan.
Disamping itu, aku akan dilantik sebagai Wakil Dealer (Dealer's Representative) dalam Lembaga Pengarah.
Sebagai Wakil Dealer juga, aku akan mewakili securities house ku untuk menghadiri mesyuarat antara Wakil-wakil Dealer dari semua securities houses dengan pihak SC dan BSKL.
Selain daripada bergaji tetap, aku juga dibenarkan menguruskan klien yang aku sedia ada dan mengambil untung atas trading dengan mereka.
Sebagai Chief Dealer, aku akan uruskan klien-klien besar dan penting syarikat. Aku juga bertanggungjawab atas operasi dealer dan klien.
Aku pula menuntut antara lain gaji lebih dari yang ditawarkan, elaun kenderaan dan confirmation serta merta ke untuk jawatan yang ditawarkan itu(tiada tempuh percubaan).
Tawaran dari En Fauzi membuka peluang aku menceburi bidang management (pentadbiran) dalam masa yang sama tidak meninggalkan kerja-kerja operasi (operational).
Disebalik semua ini, En Fauzi menyatakan selepas penggabungan dia tidak dapat pastikan samada aku akan terus menjadi Chief Dealer atau tidak. Ini sukar kerana ada 3 lagi Chief Dealer dari syarikat lain yang lebih besar.
Jesteru itu, dari tawaran yang dia berikan, aku boleh menjadikannya sebagai batu loncatan untuk mengukir nama dalam industri.
"You ambik peluang ni untuk kenal dengan pemain utama industri" kata En Fauzi.
Semua ini supaya aku dapat melengkapkan diri dalam mengharungi masa depan didalam industri sekuriti..
Kelakar kan...
Masa depan aku sendiri pun aku tidak mempunyai idea.
Pathetic! (Menyedihkan!)
*
*
*Selepas 7 bulan....
Aku duduk di kerusi panjang setee dan mula memikirkan apa yang mesti aku laku.
Penggabungan berjalan lancar dan kebanyakan isu besar sudah selesai. Seorang Chief Dealer telah dipersetujui dan seperti yang dijangkakan ianya bukanlah aku.
En Fauzi berkata apa yang baik untuk aku lakukan adalah menunggu surat tawaran persaraan awal dimana ganti rugi akan diberikan kepadaku. Sementara itu dia menasihati aku mencari tempat baru yang lebih sesuai dengan bakat dan cita-cita ku. Jika aku berkehendakkan pertolongan, dia bila-bila masa boleh menghulurkannya.
Dia juga sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa syarikat yang tersenarai di BSKL yang baik dengannya agar memberi aku satu kerusi pengarah bukan eksekutif kepadaku.
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...