Aku tidak dapat mengelak untuk pertemuan empat mata dengan Puan Mahani. Macamana nak mengelak?Dah tentu-tentu dia Maksu aku. Adik bongsu dalam keluarga ibuku.
Mahu tak mahu terpaksalah aku berjalan ke Sogo Food Court yang terletak di seberang jalan daripada bangunan bank pejabat Benard.
Mak Su : Boleh tak bagitau Maksu macamana Aira boleh terlibat dalam hal ni?
Suara Maksu kedengaran tegas tanpa ada manis sedikit pun.
Maksu : Bagitau semua.
Maksu : Cerita sampai habis.
Maksu : Jangan nak sembunyi-sembunyi.
"Adoiiii Maksu ni. Dah lah aku tengah stress, dia lagi menambah stress aku" gumamku dalam hati.
Setelah beberapa ketika Maksu bersuara lagi....
Maksu : Cakaplah...
Maksu : Apa pulak diam?
"Cerita cepat!" tegasnya.
Maksu : Untung kau, Maksu yang tau. Kalau mak ayah Aira tau, masak kau Aira!
"Adoiiii.... Dah menakut-nakutkan aku pulak!"
"Yang buat aku seram sebenarnya adalah apa yang Maksu cakap tu betul."
"Memang masak aku.... Macam ikan masin dalam kuali panas."
Aku : Tak tau macam mana nak mula.
Maksu : Eh!
Maksu : Tak tau pulak.
Maksu : Bercinta tau pulak!
Maksu : Nak jadi madu pandai pulak!
Aku diam. Rasa hangat naik kemuka ku.
Makcik ni, boleh berleter lak kat Sogo.Maksu : Ceritakan cepat macamana kau boleh kenal T.
Aku : Pertama kali jumpa kat Hilton dengan Abang Long dan dua orang partner dia.
"Ada sorang kawan partner dia datang untuk memperkenalkan T. Masa tu T datang lambat. Saya pulak tengah penat. Ofis banyak kerja. Hagin (Angin) lah saya."
Maksu : Sebab apa Along tu nak jumpa T?
"Abang Long nak buat projek oil & gas. Perlukan financing."
Aku : Ialah.... Modal bukan ada. Cuma ada niat dan pengalaman jadi susahlah nak dapatkan financing. Tu yang perlukan kononnya a wise guy (orang cerdik) yang mungkin boleh tolong.
Maksu : Dah tu T tolong ke?
Aku : Takkkk....
Aku : Jadi gaduh adalah!
Maksu : Kenapa pulak?
Aku : T tak setuju dengan projek tu.
Maksu : Sebenarnya projek abang kau tu projek apa?
Aku : Kilang penapis minyak.
Maksu : T tak setuju?
Aku : Takkkk.....
Maksu : Kenapa? Kilang penapis minyak kan buat duit!
Aku : Rasa macam tulah tapi bila T dah terangkan, fahamlah kenapa dia tak bersetuju.
Maksu : Dia pandai sangat ke pasal oil and gas ni?
"To be fair (Untuk berlaku adil) T tau apa yang dia cakapkan. T seorang oil trader (pedagang minyak). Jadi dia taulah pasal bisnes kilang penapis minyak. Yang tak tahunya kami" kataku.
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...