Umpan ku mengena akhirnya bila dua awek B&B tu mula bertanya "Bos asyik dengan tablet je, bos buat apa?"
Aku : Tengah bercinta ni...
Aku : Awak jangan kacau saya!
Aku : Pergi buat duit kat market (pasaran).
Rozita : Aksen tul bos!
Aku : Ehhh.... Mestilah.
Setelah beberapa ketika aku sengaja meninggalkan meja ku untuk ke toilet dengan membiarkan apa yang tertera di tablet ku.
Rozita dan Sam tidak melepaskan peluang untuk melihat apa yang aku lakukan.
Sam : Eee.... Bos....!
Sam : Diam-diam je buat duit.
Rozita : Bos makan sorang!
Rozita : Langsung tak ingat kat staf sendiri.
Sam : Huh!
.
.
.Tujuan aku adalah untuk memancing minat Rozita dan Sam kepada dagangan CFD. Aku rasa sudah masanya pun mereka ada pasaran lain yang boleh menghasilkan pendapatan. BSKL adalah pasaran jika dibandingkan lebih kecil, tidak begitu teknikal dan senang dimanupulasikan oleh remisier besar seperti aku.
Berlainan dengan pasaran CFD. Selain daripada ia adalah pasaran 24 jam maka transaksi boleh dilakukan bila-bila masa.
Terdapat ramai peserta (pelabur) yang berdagang. Daripada individu hinggalah kepada institusi seperti bank dan pengurus dana. Australia sahaja mempunyai 100,000 pedagang CFD yang aktif dengan modal purata A$8,500 seorang.
Untuk memanipulasinya sukar kerana ia perlu dibuat lakukan di pasaran yang sebenar.
Contoh :
Minyak Amerika WTI diniagakan di pasaran komoditi NYMEX. Apple Computers pula di pasaran saham Nasdaq. Untuk memanipulasikan harga di CFD adalah mustahil kerana harga di CFD mengikut aliran perubahan harga WTI di NYMEX dan harga saham Apple Computers di Nasdaq berubah. Harga mestilah dimanupulasikan di pasaran NYMEX dan Nasdaq. CFD hanya mengikut telunjuk graf harga turun naik pasaran-pasaran tersebut.
Maka untuk berjaya di CFD, pedagang kenalah antara lain mahir membaca graf aliran perubahan harga. Graf paling senang untuk membuat analisa adalah graf Japanese Candlestick. Maka kemahiran memahami graf (carta/chart) candlestick adalah sangat mustahak.
Jadi tidak hairanlah 85% pelabur baru CFD berakhir dengan kerugian kerana tidak memahami analisa teknikal menggunakan graf candlestick untuk meramalkan turun naik harga.
Dengan kata lain sebenarnya untuk menjadi trader yang berjaya di CFD, seseorang itu perlu menjadi chartist atau sekurang-kurangnya mempunyai pengetahuan dalam membaca chart (carta).
Hal ini tidak menjadi masalah bagiku kerana aku adalah chartist bertauliah (profesional).
Tapi untuk Rozita dan Sam melakukan trade CFD, aku terpaksalah memberi tunjuk ajar.
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomantikDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...