46) KAU TU ADIK AKU!

104 8 58
                                    

"Bos.... Bawak bertenang bos."

"Tengok je la mesej tu. Buat tak tau je!"

Aku mengiyakan cakap si gila tu dan mencapai handset ku.

"Hmmm...." aku menarik nafas dalam-dalam dan menjawab mesej tersebut.

> Betul ke ni?

.........
.........
>

Ok...Ok!
> Tq... Tq!

Semasa menjawab mesej tersebut aku terdengar suara bak...

"Dia kan anak jantan, biarlah dia berjuang."

"Cucu aku memang kurang ajar. Baik aje kau cari orang lain buat menantu Ai!"

Aku menoleh ke arah atok.

"Yeah....! Steady atok!" suara si gila menyokong atok.

Aku : Jadi.... Senang selesai, Makcik Tijah cari lah orang lain.

Mak : Amboi sesenangnya kau cakap.

Aku : Macam ni lah mak, makcik dan semua....

Aku : Rasanya hal malam ni dah jelaskan.

Aku : Saya tak suka.

Aku : Shasha pun tak suka.

Makcik Tijah : Bila masanya Shasha cakap?

Aku : Shasha pun dah ada yang suka.

Aku : Jadi biarlah dia dengan pilihannya.

Makcik Tijah : Eh! kau ni ....

Makcik Tijah: Memandai-mandai kau buat cerita!

Aku : Ala, makcik pun bukan tak tau kan.

Makcik Tijah : Tau apa?

Aku : Budak tu pun dah peluk Islam dua minggu lepaskan.

Aku : Buat apa nak halang-halang lagi.

Suaminya terus saja berdiri marah dengan jari telunjuk ke arahku "Kau jangan nak buat fitnah. Teruk nanti aku kerjakan!"

Aku : Saya yang buat fitnah ke atau acik yang nak menipu diri?

Aku : Saya bukan barang gantian.

Aku : Saya bukan spare part.

Aku : Kalau nak, carilah orang lain.

Shasha terus menangis. Kasihan pulak aku dibuatnya.

Aku : Sorry la Shasha.

Aku : Saya bukan nak bangkitkan hal awak.

Aku : Tapi tak adilkan untuk awak dan saya.

Aku : Apa awak buat.... Berdegil dengan pilihan awak tu satu perbuatan yang betul.

Makcik Tijah : Kau jangan nak batu api kan anak aku!

Aku : Sudah-sudahlah tu makcik, pakcik.... Kesiankan anak makcik, pakciknya ni.

MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now