Hal Fiqqah berlalu telahpun pergi. Begitu juga dengan hal Shakira.
Isnin juga telah berlalu.
Yang tinggal hanyalah aku yang seperti biasa memulakan hidup dipagi Selasa mencari rezeki.
Suara si gila tu menyelinap masuk. Menyanyi-nyanyi pulak tu pepagi hari.
🎼🔊 Selamat tinggal bunga ku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk diri ku
.....
.....
🎼🔊 Inikah akhir bertemu
Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesanan ku
Jaga baik diri mu sendiri
"Lagu favourite atok bos!"
Ya, lagi favourite atok. Lagu Ahmad Jais. Senang hati atok kalau dengar lagu ni. Bergoyang-goyang kakinya. Aku juga tumpang gembira bila melihat atok gembira.
Atok ni pelik sikit. Dia sentiasa sihat. Takde sakit sampai duduk wad hospital.
Dia merokok kuat. Sehari habis dua botol air yang manis ber-gas. Tak kira lah Coke, Pepsi, Fanta.... Tapi dia takde pulak kena kencing manis ke, darah tinggi ke jantung ke....
Dia aktif. Berkebun la. Berburu la. Kejap ke sungai. Kekadang ke laut. Memacam kerja dia. Tak boleh duduk diam. Sesekali dia melawat perniagaannya yang dijalankan oleh anaknya dan anak-anak buahnya.
Ialah, orang dulu-dulu kan. Merantau pulak tu. Berdagang. Dulu juga nakhoda kapalnya sendiri.
Sekarang ni pun dia ada dua kapal kargo seberat 5 tan berulang alik Pekan Baru Sumatera dan Batu Pahat.
Orang dulu kalau merantau berdagang, ilmu mestilah penuh didada.
Aku pun berdagang. Tapi hati asyik kena tinggal dengan awek je.
"Kah kah kah kah...." si gila tu gelakkan aku.
"Hhhmmm.... Malam nanti call atok lah" aku suruh si gila tu ingatkan aku.
Nak tak nak, lagu tu juga mencuit Fiqqah dan Shakira masuk ke dalam ingatanku.
"Takpe bos... Dorang dah ok. Dah bahagia. Bos carilah yang lain!"
Aku membenarkan kata-kata si gila tu dengan mengangguk perlahan.
Tidak ada banyak aktiviti berlaku disebelah pagi. Aku, YT dan Shu Qi cuma bersantai bermain dengan pasaran.
Aku seperti biasa jika tiada apa hal, mencari counter (syarikat) yang mempunyai paten (pattern) sideways trading.
Asalkan had harga atas dan had harga bawah mempunyai perbezaan yang baik, jumlah dagangan yang baik dan buyers' and sellers' queue yang baik sudah cukup menarik minat ku.
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...