48) 10 MINIT YANG MENGHANCURKAN

119 8 60
                                    

Pusing satu dunia bersama atok mengambil masa tujuh setengah bulan. Bakinya aku lalui kebanyakan masa bersama atok dirumahnya di Kota Tinggi.

Rumah atok 10 km dari bandar. Jalan menghala ke air terjun Kota Tinggi.

Tanah yang dia duduk tu seluas 17 ekor.

5 ekar atok tanam getah dan 5 ekar lagi dijadikan dusun durian.

Diantara dua kebun tu, atok buat rumah kediaman empat bilik. Dibahagian luar ada bangsal untuk menyimpan barang-barang seperti baja.

Melintasi jalan ada tanah seluas 6 ekar yang ditanam dengan kelapa sawit.

Sekarang semua tanaman ini diuruskan oleh atok dengan menggajikan orang kampung. Seorang cucu atok (anak Pak Long) tolong mengawasinya.

Sesekali aku ke rumah mak dan ke rumah arwah Ena. Bermalam disana sehari dua.

Sebenarnya setiap bulan atau paling tidak pun setiap dua bulan sekali aku pasti pergi melawat keluarga arwah Ena.

Setiap bulan aku akan memberi ibunya paling kurang seribu ringgit untuk perbelanjaan keluarga arwah. Walaupun beliau menolak, tapi aku berkeras juga.

Ketika tiada kesempatan waktu kerana mengelilingi dunia, aku berikan kepada ibunya pendahuluan untuk setahun.

Rumah yang sekarang didiami oleh tiga orang adik-beradik arwah bersama ibubapanya aku pastikan tidak menghadapi masalah kewangan. Terutama adik-adik arwah, aku pastikan dapat melanjutkan pelajaran mereka. Itu juga adalah kehendak arwah.

Keadaan dengan mak pula berlawanan.

Semenjak balik dari Australia, hubungan  macam tu lah.... Suam-suam kuku.

Biarlah.
.
.
.

Aku berada di restoran lobi setengah jam awal. Shu Qi menyusuri 15 minit kemudian.

Kami tidak dapat membendung perasaan rindu dendam dan memeluk erat satu sama lain.

Aku sempat membisikkan kan cinta dan rindu ke telinganya dan Shu Qi membalas dengan ucapan yang sama.
Kami juga tidak dapat mengelakkan memberi satu, dua kucupan. Mujur ketika ini restoran lengang.

Setelah duduk kami memesan menu minuman petang.

Shu Qi bertanya hal vacation (cuti) setahun aku.

Aku menceritakan bagaimana aku berakhir ditempat aku bermula.

Shu Qi merenung aku agak lama kemudian berkata .... "So... You're travelling around the globe ya!" (Awak mengelilingi dunia!)

Aku gelak kemudian berkata "Like always.... Brain and beauty and sexy!"
(Seperti biasa.... Cerdik dan cantik dan seksi!)

Shu Qi mengenakan kemeja T berwarna biru muda separas pinggang dengan sedikit lengan. Jeans blue denim nya hanya sampai separuh betis digayakan dengan sepasang pump shoes berjenama Hush Puppies.

"Lama aku tak peluk pinggang ramping tu" aku bergumam didalam hati.

Atas permintaan Shu Qi, aku pun menceritakan tentang cuti setahunku.

Shu Qi: Wish I was there with you.
(Maksud - Kalau bersama masa tu kan bagus).

Kini giliran dia pula bercerita.

Shu Qi berkata dia menghabiskan masa 2 bulan di Singapura. Kakaknya ada bekerja disana. Kemudian dia ke Australia dan New Zealand. Ada saudara maranya yang menetap disana. Dia kembali ke Singapura sebelum balik ke KL empat bulan lepas.

Selepas itu dia ada melawat ke Hong Kong dan Shenzhen China bersama ibu-bapanya.

Kami berbual dan boleh berbual apa sahaja tetapi seperti mengelilingi dunia, tapi sudahnya kami terpaksa berbalik ke titik asal.

MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now