20) LUSA PUN TIBA

86 12 115
                                    

Aku sedang membuat persiapan mental terakhir sebelum pergi untuk memastikan semua rancangan ku berjalan lancar.
.
.
.

Sebenarnya setelah T pergi, aku sudah pun membuat keputusan....

Tak payah la nak berkenalan dengan mamat sewel tu.

Aku susah payah mengharungi perasaanku dan mencemar duli pergi ke tempatnya, macam tu layanannya terhadap ku.

"No way Jose ! (Jose disebut Hose)"

"Boleh jalan dah!"

"Tak pernah aku dimalukan macam tu seumur hidupku!"

"Kena buka aurat pulak tu."

"Menambahkan dosa je!"

Sebelah malam pada hari yang sama, seperti biasa aku dibaluti blanket (gebah) untuk menghindari sejuk aircond. Ada dua plushie seperti biasa menemani aku. Di kanan ku plushie jellyfish dan aku pula memeluk plushie shark dudu.

Dorang lah peneman ku di kala suka-duka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dorang lah peneman ku di kala suka-duka. Kadang kala seperti aku berbual dengan mereka. Kadangkala teruk mereka aku kerjakan kerana melepaskan stress ku. Ada masanya aku menangis memeluk mereka.

Tiba-tiba seperti aku terdengar satu suara....

Shark dudu : Cik Fiqqah! Esok nak pergi ke jumpa mamat handsome tu?

Aku : Handsome? Tolong sikit!

Aku : Hhmmmm....

Aku : Bolehlah... Handsome jugak lah.

Aku : Tapi handsome pun nak buat apa kalau ego tinggi melangit.

Aku : Dahlah tu.... Otak tak betul!

Aku : Tak boleh lawan lah dengan Abang Roslan.

Aku : Ishhh! Jauh... Jauh.... Jauh beza.

Cik Jelly : Tapi sejujurnya, Cik Fiqqah gembirakan bila ingat balik hal petang tadi.

Aku : Eh! Mana ada. Takde pun.

Shark dudu : Kalau gitu .... Tidurlah.
.
.
.

Sejam kemudian....

Kenapa pulak mata ni tak mau tidur ni. Esok pagi ada jumpa klien.

Cik Jelly : Teringat orang jauh ke?

Aku diam.

Aku : Cik Jelly, patut ke aku jumpa mamat tu lagi?

Cik Jelly : Apa salahnya?

Aku : Hhmm....

Shark dudu : Rasa bersalah dengan Abang Roslan ke?

Aku : Entah lah En Shark dudu!

Shark dudu : Dia je kan yang beriya nak kan Cik Fiqqah. Cik Fiqqah takde cakap pape kan! Ada berjanji ke?

Aku : Taklah. Mana ada.

MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now