(Makna : Pengambilan Alihan Secara Paksa)
"Simple Case Introduction" (Pengenalan Ringkas Kes) aku mulakan meeting pagi tu bersama bos, 2 staff bos dan aku mohon En Fauzi hadir.
1. Kita beli saham Ayam Bhd sebanyak 4 juta unit, out of market transaction.
2. Harga semasa kita itu RM1.55
3. Harga belian RM1.17
"Ishh rendahnya! BSKL approved ya! (BSKL luluskan) ya! Amazing la you all."
"Berapa diskaun?" kata En Fauzi seperti tidak percaya
Aku : Bos requested 15% diskaun dari 3 days trading price weighted average (purata 3 hari harga yang didagangkan bersamaan RM1.17.
Sebenarnya BSKL membenarkan (pre-approved) diskaun 10% atau 10% premium dari harga penutup sebelumnya. Selain dari itu mesti mendapatkan kelulusan BSKL dahulu.
Tapi market practice (amalan pasaran), urusniaga diskaun atau premium melebihi 10% - 15% adalah melakukan transaksi dahulu kemudian beri nota sahaja kepada BSKL.
Jika ada pape, BSKL akan hubungi broker penjual. Kalau BSKL tandanya takde masalah.
Dalam kes ni, alasan yang diberikan adalah :
• Counter (merujuk kepada syarikat ABC Bhd) tidak aktif dengan jumlah dagangan rendah.
(Bermaksud.... harga senang dimanipulasikan)
• Beza besar antara harga 3 purata hari dagangan (1.31) dengan harga semasa (1.55). BSKL senyap. Meaning no problem.
.
."Bos, take profit while can (ambil keuntungan masa boleh). Sikit takpe bos!" kata En Fauzi sambil melihat wajah bos.
Wajah bos kelihatan pecah seribu
Dia tahu cakap-cakapnya tidak valid. Kalau bos nak buat pilihan tu, tak payahlah meeting ni di adakan.
Dia tahu, ini mengenai reputasi. Mengenai ego. Mengenai pemikiran old school.
Mengenai peluang mendapatkan job stock play dari empunya syarikat BSKL.
Operator yang di ayamkan oleh budak muda. Siap dengan maki hamun pulak tu. Berita itu akan tersebar luas antara pemain pasaran.
Bos orang lama. Dia sendiri sudah lama dalam pasaran. Dia faham apa yang bos suledang lalui.
En Fauzi : So bos? Apa you mau bikin?
En Fauzi begitu faham bahawa tindakan yang akan bos ambil adalah sesuatu yang besar. Kalau biasa² masakan bos berkuat dia hadir dala meeting sekarang ni.
Bos : T.... Tell me what you want to do? (Maksud : Awak nak cadangkan apa?)
Aku : Ok bos.
Senyap seketika.
Sesuatu yang orang luar tak tahu, Setiap urusan pembelian blok 5 juta saham atau kurang, 500,000 saham akan di beli melalui akaun trading kepunyaan proxy En Fauzi. Dalam hal pembelian 4 juta saham Ayam Bhd begitu juga. Itu salah satu sebab kenapa dia perlu hadir dalam meeting ni.
Sebab yang lebih penting, untuk melakukan apa yang aku nak.lakukan perlukan sokongan securities house. En Fauzi adalah Ketua Department Bahagian Operasi. Lampu hijau ditangannya. Kalau dia setuju, dia akan dapatkan approval dari Pengurus Besar (General Manager) dan Pengarah Urusan (Managing Director).
En Fauzi : So T! What? How? (apa dan macamana).
Aku : Kita buat HT - Hostile Takeover!
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...