45) KAK NURI

113 8 47
                                    

Selepas mencium tangan Kak Nuri, dia terus memeluk aku. Melepaskan rindu pada adiknya sendiri. Aku pun membalas pelukannya.

Bila terlerai, dia merenung ku. Kemudian kedua-dua telapak tangannya singgah di wajahku. Mengusap-usap pipiku.

Kak Nuri : Kau nampak lebih matang.

Kak Nuri : Ceria.

Kak Nuri : Kemas.

Kak Nuri : Ada awek baru ekhh....

Aku : Ishhh akak ni. Mana ada.

Kak Nuri : Nanti cerita semua.

Hampir terlupa aku dengan suami nya yang berbual dengan atok di sebelah kiri Kak Nuri.

Aku segera menghulurkan tangan ku dan mengucapkan "Assalamualaikum." Kami berpelukan sebentar.

Kemudian aku terus mencangkung dan bertanya soalan yang aku sudah mengetahui jawapannya.... "Hi little girl! ..... What is your name?"

"Melissa!" jawabnya.

Aku terus mendukung anak Kak Nuri dan mencium pipinya. Dah besar budak ni.

"You've black hair like your mummy and blue eyes like your daddy." Bermata biru menunjukkan daddy nya mempunyai kandungan DNA kaum yang berasal disekitar Laut Hitam (Black Sea).

Melissa mengangguk.

Kami menghala ke tempat parkir dan sejurus selepas itu kereta jenis SUV Volkswagen Tiguan terus meluncur meninggalkan Melbourne Airport bersama Melissa yang duduk diatas riba ku dan melayan aku berbual.

"Where is Mr Kangaroo? Uncle would like to see them!"

"Not here, not here" jawab Melissa.

Australia dianggap sebagai sebuah benua walaupun ia sebenarnya sebuah pulau yang sangat besar.

Jarak barat ke timur Australia lebih kurang sama dengan jarak Bali ke Hong Kong.

Melbourne adalah bandar kedua terbesar dengan populasi melebihi 5 juta orang. Terletak dipersisiran pantai selatan benua, ia adalah ibu negeri wilayah Victoria.

Kak Nuri bertemu jodoh dengan Izudin Hasanovic seorang architect berketurunan Bosnia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kak Nuri bertemu jodoh dengan Izudin Hasanovic seorang architect berketurunan Bosnia.

Tidak seperti kebanyakan orang Bosnia, keluarga Izudin datang ke Australia 20 tahun sebelum meletusnya perang Bosnia. Ayahnya membuka kedai membuat roti yang kemudiannya berkembang menjadi rangkaian kafe di Melbourne. Paras rupanya yang dengan rambut berwarna chestnut sepadan dengan Kak Nuri yang cantik.

Mereka tinggal di apartment empat bilik kelas menegah atas. Mak dan bak duduk dengan Kak Nuri masa percutian kami. Yang lain aku booking kan 4 unit 2-bilik hotel-apartment.

Satu unit untuk Along, Kak Ngah, adik aku berserta famili mereka. Aku dan atok berkongsi satu unit.

Kereta terus menuju ke Adina Apartment Hotel. Semua mereka sudahpun berada disana.

MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now