On the way balik rumah pada petang kedatangan mak yang aku tak pernah undang ke pejabat aku rasa badan aku cukup penat. Jiwa aku, aku rasakan cukup letih.
Hati aku pula buat hal. Berdebar-debar pula dia.
Sejujurnya, aku perlukan breathing space... Ruang untuk bernafas. Kalau sekarang aku sorang-sorang di bulan kan bagus.
Eh! Tak boleh, tak boleh. Di bulan mana ada oksigen lah. No breathing space. Jadi arwah je kalau aku kat sana.
"Ishh! Dah gila ke apa aku ni."
Sebenar aku cuma nak menjadi diriku sendiri. Itu saja.
Di atas motor ketika di lampu isyarat, jiwaku meronta lalu menyanyikan lagu ini :
Aku penat menjadi seperti yang awak mahukan
Perasaan sangat tidak percaya, aku hilang di bawah permukaan
Tidak tahu apa yang awak harapkan dariku
Meletakkan aku di bawah tekanan untuk berjalan dengan memakai kasut kepunyaan mu
Setiap langkah yang aku ambil adalah satu lagi kesilapan kepada awak
(Hingga aku terperangkap dalam landasan kehidupanku)
Aku terasa kebas, keras-kojol
Sehingga tidak dapat merasakan awak ada bersama
Aku menjadi sangat letih
Menjadikan aku sedar
Kenapa aku jadi begini
Sedangkan yang aku hendak
Hanyalah untuk menjadi lebih diriku
Dan kurang menjadi dirimu
.
.
.
Dan aku tahuAku mungkin gagal
Tapi aku juga tahu
Kau sama seperti aku bila ada orang yang tak percaya dengan andkau
Akhirnya aku tiba di rumah.
Debaran hati masih belum hilang.
"Ishhhh!! Bodohlah... Nak masuk rumah sendiri pun menikus" aku memarahi diriku sendiri dan gagahkan langkahku.
.
.
.Pelik.
Pelik sungguh.
Dah pukul 10 malam dah, time tidur tapi tak ada satu apa pun yang aku jangkakan terjadi. Rumah aku seperti biasa sunyi selepas pukul 10 malam.
Hairan! Bukan sahaja apa yang aku jangkakan tidak berlaku, malah takda apa pun berlaku.
Mak seperti biasa. Tak kata apa pun seperti dia tak menjejakkan kaki ke pejabat ku hari ni.
Ialah, memang elok untukku. Tapi di sisi lain aku tertanya-tanya "Mind game apa yang mak aku dibuat?"
Apahal pula dengan mak ni?
Aku terasa dipermainkan mak.
Terasa macam dia nak saiko aku.
Terasa juga macam aku ni satu watak dalam strategy game Sony PlayStation.
Letih dan pening kepala memikirkannya, akhirnya aku pun tertidur.
Esok aku bangun dari tidur pagi seperti biasa dan pergi kerja pun seperti biasa.
Semuanya berjalan seperti biasa samada hal pejabat sehingga la Ena datang meletakan nota sticker kuning ajak aku lunch date.
Lunch date aku-Ena seperti biasa.
Dia seperti biasa dengan gaya romantik gediks-gediks yang over sehingga aku pun terikut sama.
"Oh! Jadi you dah bertukar no. fon dengan mak lah!"
Ena : Ya
Aku : Baguslah tu
Selepas itu aku terus hilang fokus dengan Ena. Otak ku ligat memikirkan muslihat apa Senior Medusa ni nak buat. Aku rasa dia ada rancangan nakmkenakan aku ni.
Kalau dia fikir dia nak kenen kan (maksud matching kan) aku dengan Ena supaya aku tak ke Subang Jaya maka dia silap besar.
Tadi taukeh Subang Jaya dah call. Permohonan pertukaran lesen aku management dah luluskan.
AeU pun dah email confirm kan tempat belajar di sana.
Langkah seterusnya cuma nak beritahu company aku untuk uruskan pertukaran lesen dealer aku dan menghantar surat meletak jawatan.
There's no turning back.
Ena ke atau hal apa pun dah tak boleh nak patahkan rancangan aku ni.
Aku nak jadi trader yang berjaya.
Khalas.
.
.
.Hari Selasa, Rabu dan Khamis berlalu tanpa apa-apa yang menarik. Hanya seperti hari biasa sahaja.
Tapi sejak kedatangan mak yang tak diundang, Ena pun jarang menganggu aku. Mungkin dia sibuk uruskan account payment pertengahan bulan.
Mak pun takda langsung bertanya kan hal bersangkutan dengan sport check dia kat ofis aku.
Ok lah. Bagus juga. Dapatlah aku fokus buat duit kat pasaran dan menguruskan hal perpindahan aku ke Subang Jaya.
Jeng! Jeng! Jeng....!
Hari Jumaat pun tiba. Hampir lupa aku tentang deal aku dengan Ena.
"Hish!! Macamana nak buat ya?" aku mula pening memikirkan alasan.
"Mau pecah juga teruna aku malam ni!"
Adeehhhh....
Tiba-tiba fon berbunyi.... Terdengar suara dihujung talian...
"Mak??"
"Mak call?"
"Ada apa mak?"
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...