11) OH...! RUPANYA DIA BUKAN JODOHKU!

84 11 61
                                    

"Adoiii... Macam kena sambar petir aku dibuatnya. Ada ke auntie tanya direct macam tu. Malu lah aku!" aku bergelumang dalam hati.

Auntie : Ena cakap je... Jangan malu-malu! Cakap je dengan jujur.

Keadaan diam seketika.

Aku : Ena ni pompuan auntie.

Aku berkata perlahan sambil merenung lantai yang dihiasi tiles berbunga.

Auntie : Ya, auntie faham. Tapi auntie benar-benar nak tahu dari mulut Ena sendiri.

"Adoiiii auntie. Paham-paham je dah lah. Takkanlah tak pernah tengok filem P. Ramlee" hatiku terus bermonolog.

Terpaksalah juga aku jawab.

Tapi suara aku tak mahu keluar. Jadi.... Aku cuma mengangguk sambil tunduk memandang lantai yang ditutupi tiles.

Auntie : T suka tak dengan Ena!

"Alaaaa.... Auntie ni.... Manalah aku tauuu.... Nanti anak dia balik, tanyalah sendiri" bertambah pening aku dengan soalan auntie yang datang macam peluru.

Aku : Entah lah auntie! Dia tak pernah cakap. Kalau ada pun cakap gurau-gurau.

Auntie : Macam ni lah Ena....

Auntie: Auntie tengok Ena dan T mesra. Mesra sangat. Auntie suka.

Auntie : Pertama kali jumpa Ena, Ena dah tambat hati auntie.

Aku (dalam hati) : Alahai auntie! Ena nak anak auntie. Auntie pulak yang jatuh hati pada Ena. Ena ni jenis straight, auntie!

Auntie : Auntie rasakan Ena dan T memang tak pernah lagi pergi dating.

Auntie : T ni kalau dengan perempuan dia ada susah sikit.

Aku (dalam hati) : Tu lah auntie. Anak auntie tu.... Punyalah budiman.

Auntie : Gini lah... Auntie nak Ena jadi menantu auntie. Boleh kan?!

Terdiam aku.

Suasana sepi seketika sebelum auntie ulang bertanya "Boleh kan?!"

Aku : Auntie.... Ena takutlah.

Aku : Ena tak nak memandai-mandai. Nanti apa pula kata T!

Auntie: Oh! Itu Ena jangan risau.

Auntie : Anak auntie, auntie tau lah.

Auntie ketawa!!!

Aku : Auntie.... Auntie betul ke nak Ena jadi menantu auntie?

Aku : Ena ni bukan sempurna.

Aku : Tengok, rambut pun berkarat.

Aku : Mengemas, memasak bukannya pandai.

Aku : Ena bukan anak orang berada. Bukan anak orang senang. Ena ni anak orang kampung.

Aku : Pelajaran pun bukannya tinggi.

Auntie memotong cakap aku ....

Auntie: Auntie dah lama hidup Ena. Auntie kenal perempuan baik bila auntie jumpa. Auntie mungkin silap, tetapi sejarah membuktikan auntie selalunya betul.

Auntie : Rambut semua tu bukan hal besar. Auntie tak kisah. Selagi bujang, ikut suka Ena lah macamana nak bergaya. Ena pun bukan over kan.

Auntie : Bila dah kawin nanti, dah beranak pinak Ena sendiri tau nak adjust diri Ena. Tak perlu sesiapa pun suruh.

Aku diam. Dalam hatiku "Jauh tu anti cakap... Kawin... Beranak pinak..."

MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now