Tangannya mula bergerak....
Sebenarnya aku takut kalau tiba-tiba satu penampar hinggap di pipi ku. Lebih teruk kalau ianya bukan penampar tapi penumbuk. Sejak kelahiran ku, tangan naik ke wajah dan tubuhku hanya untuk membelai. Aku tak pernah dipukul.
Badanku secara automatik bergerak kebelakang. Berada dalam mode defensif. Bersandar dari duduk tegak yang sedari tadi. Tangan ku bersilang dada. Sekurang-kurangnya jarak aku dan T bertambah.
Sebenarnya aku hairan kenapa malam ni aku bertindak diluar kawalan. Tak pernah aku berkelakuan kurang ajar seperti ini.
Entah.
Aku pun tak faham kenapa aku marah sangat.
Aku sebenarnya kecewa dengan T.
Aku rasa diperbodohkan olehnya.
Sanggup dia pancing di dua kolam.... Dengan Fiqqah pulak tu.
Sebenarnya hatiku telah pun terbuka untuk T.
Jika ada pemarkahan T dengan Johan, hanya satu mata sahaja yang memisahkan mereka.
Faktor usia.
Usia pengenalan aku dengan Johan sejak dari sekolah menengah. Bersama Johan, kami sudah lama mengenali dan bercinta.
Tapi dengan T, aku baru mengenalinya.... lima hari. Terlalu singkat. Faktor ini juga penyebab apa yang terjadi pada malam ini.
Bukan senang pintu hatiku hendak terbuka. Ini pertama kali selepas Johan.
Yang menakjubkan tu, ia berlaku selepas tiga hari aku kenal T. Hari aku terjumpa dia di taman permainan. Dating pun tak sempat buat lagi.Tapi sebelah malamnya, tup-tup T buat hal. Macammana hatiku tak sakit.
Dah lah tu, datang naik motor. Kapcai pulak tu. Kalau Harley Davidson.... sedap jugak mata memandang.
Datang pulak berlenggang sambil bawak maggi goreng mamak dalam polisterin.
Dah tu nak suapkan aku pulak tu.
Adoiii aii... T.... T!
Manalah aku tak mengamuk.
Semuanya ni....
Ahh! Dia tak terfikir ke for once (untuk sekali saja) yang aku ni bakal wife dia!
Ishh... Poyo si T ni is just out of this world! (Maksud - Lansung tak boleh diterima)
Tapi apa boleh buat.... Nasi dah jadi hangit.
Hadap je la.
Hhmmm.... The best yang aku boleh buat sekarang adalah habiskan cepat dengan T. Lepas tu cabut balik. Tidur.
Esok cakap dengan mummy perangai dia masa first date.... Menghancurkan!
Dia pun ada syok dengan pompuan lain. Jadi aku terpaksa reject dia.
Ala.... Reject pun, bukan mummy terima akan terima T. Nothing change (takde apa yang berubah)!
Sudahnya aku ni.... Kejar tak dapat, kendong keciciran.
"Adoiii.... Kira! Kira! Sampai ke tua lah kau jadi macam ni."
"Apa nak jadi dengan kau Kira Shakira?!" suara hatiku berkata.
*
*
*Aku tergamam dengan tindakan Shakira.
Tanganku masih lagi berada tinggi separas dada.
Kaku.
Tindak bergerak.
Beberapa saat kemudian, baru ia sedar dan bergerak ke kiri untuk mengambil kertas tisu disebelah bekas air.
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...