Hari Isnin pun hadir dengan kelajuan seperti taufan.
Aku masuk ke ofis jam 3 petang kerana ada mesyuarat lembaga pengarah ML Kapital pagi itu.
Setibanya di ofis, keadaan sunyi sepi. Sepertinya aura gembira dan bahagia terasa telah menghilang.
Aku berkata "Nanti pukul 4 petang saya nak jawapan dari awak berdua."
Tiada suara jawapan dari Sam dan Rozita. Hanya mata yang membulat dan kering saja yang dilemparkan untuk memandangku.
"Apahal awek-awek ni?" gumam hatiku.
"Kalau tak gaduh, stress la tu bos!" jawab si gila tu.
Aku : Heran (Hairan) lah orang pompuan ni, nak diajak kawin pun susah. Ajak kawin, bukan ajak terjun bangunan pun.
"Betul tu bos."
"Cuma bos ajak kawin sekaligus ajak bermadu, tu yang jadi camtu bos."
"Madu ni kan perkara sensitif bagi kaum hawa. Takkan lah bos tak tau!"
Aku : Tauuuu.... Tapi kita ingat dah settle dah.
"Belum bos, belum settle lagi."
Aku : Ishhhk! Dah 1,500 tahun Rasul wafat, takkan tak settle-settle lagi!
"Hakikatnya bos.... Not settled yet (masih belum selesai).
Aku : Adehhhh kaum Hawa ni!
.
.
.
"Jangan gugup Sam, santai saja....""Kan Ita dan kau dah setuju suruh bos yang buat pilihan."
"Tugas kau Sam hanyalah untuk memastikan Ita cakap dulu."
"Lepas Ita bersuara, kau pun cakap...."
"Oleh kerana Ita dah putus cakap pendiriannya yang tak pasti menerima lamaran bos, jadi biarlah saya.... Nur Samsiah binti Ahmad Fadhil menyatakan persetujuan UTK menjadi menjadi isteri hak milik bos seorang!"
"Bolehkan Sam?"
..... Suara fikiranku cuba mendamaikan diriku.
"Ingat Sam.... Majlis Tahkim!"
.
.
.
"Tenang Ita, tenang....""Kan Sam dah setuju suruh bos yang buat satu pilihan."
"Tugas kau Ita hanya untuk memastikan Sam yang bercakap dulu."
"Lepas Sam cakap, kau pun cakap...."
"Oleh kerana Sam dah putus menyatakan pendirian tak bulat hati menerima lamaran bos, biarlah saya.... Siti Rozita binti Mohd Nuh menyatakan persetujuan menjadi satu-satunya isteri sah milik bos!"
"Bolehkan Ita?"
..... Suara hatiku cuba mententeramkan diriku.
"Ingat Ita.... Majlis Tahkim!"
.
.
.
Tepat pukul 4 petang, aku pun menyuruh Sam dan Rozita duduk di kerusi setee.
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...